Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
على الركنِ اليمانيِّ ملَكٌ موكَّلٌ بهِ منذُ خلقَ اللهُ السماواتِ والأرضِ، فإذا مرَرْتُمْ بهِ فقولوا:{رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّار} فإنهُ يقولُ: آمِين آمِين!.
Teks Bahasa Melayu
Di atas Rukun Yamani ada malaikat yang diwakilkan baginya sejak Allah menciptakan langit dan bumi, jika kamu melewatinya maka sebutkanlah: “Wahai Tuhan kami, berikanlah kami kebaikan di dunia dan akhirat serta jauhkanlah kami daripada api neraka.” Malaikat itu akan berkata: "Amin, amin!”.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 742, hadis no. 3799. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا)عن ابن عباس - رضي الله عنهما - مرفوعا: ((على الركن اليماني ملك موكل به منذ خلق الله السماوات والأرض، فإذا مررتم به فقولوا: {ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب النار} فإنه يقول: آمين آمين!)). [حل، خط، الجرجاني، ابن الجوزي في ((منهاج القاصدين))، ((الضعيفة)) (3873)]
(Terlalu Daif) Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Di atas Rukun Yamani ada malaikat yang diwakilkan baginya sejak Allah menciptakan langit dan bumi, jika kamu melewatinya maka sebutkanlah: “Wahai Tuhan kami, berikanlah kami kebaikan di dunia dan akhirat serta jauhkanlah kami daripada api neraka.” Malaikat itu akan berkata: "Amin, amin!”. [Riwayat Abu Nu'aym dalam al-Hilyah, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, al-Jurjani dan Ibn al-Jauzi dalam Minhaj al-Qasidin. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3873]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman