Di atas bucu Rukun Yamani ada malaikat yang diutuskan untuk menjaganya

TEKS BAHASA ARAB

على الركن اليماني ملك موكل به منذ خلق الله السماوات والأرض، فإذا مررتم به فقولوا: {ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب النار} فإنه يقول: آمين آمين!

TEKS BAHASA MALAYSIA

Di atas bucu Rukun Yamani ada malaikat yang diutuskan untuk menjaganya semenjak Allah menciptakan langit dan bumi, maka apabila kamu berjalan melintasinya, ucapkanlah: Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta peliharalah kami daripada azab api neraka. Lalu, malaikat penjaga itu akan berkata: Aamin, aamin.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1466, hadis nombor 7464. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جداً) عن ابن عباس – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((على الركن اليماني ملك موكل به منذ خلق الله السماوات والأرض، فإذا مررتم به فقولوا: {ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب النار} فإنه يقول: آمين آمين!)). [حل، خط، الجرجاني، ابن الجوزي في ((منهاج القاصدين))،((الضعيفة)) (3873)]

(Sangat Lemah)
Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Di atas bucu Rukun Yamani ada malaikat yang diutuskan untuk menjaganya semenjak Allah menciptakan langit dan bumi, maka apabila kamu berjalan melintasinya, ucapkanlah: Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta peliharalah kami daripada azab api neraka. Lalu, malaikat penjaga itu akan berkata: Aamin, aamin.
[Riwayat Abu Nu‘aym dalam al-Hilyah, al-Khāṭib al-Baghdādī dalam Tārīkh Baghdād, al-Jurjani dan Ibn al-Jawzi dalam Manhaj al-Qasidin. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3873]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs