Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
على الركنِ اليمانيِّ ملَكٌ موكَّلٌ بهِ منذُ خلقَ اللهُ السماواتِ والأرضِ، فإذا مرَرْتُمْ بهِ فقولوا: {رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّار} فإنهُ يقولُ : آمِين آمِين!
Teks Bahasa Melayu
Di atas bucu Rukun Yamani ada malaikat yang diutuskan untuk menjaganya semenjak Allah menciptakan langit dan bumi, maka apabila kamu berjalan melintasinya, ucapkanlah: Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta peliharalah kami daripada azab api neraka. Lalu, malaikat penjaga itu akan berkata: Aamin, aamin.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1466, hadis no. 7464. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جداً) عن ابن عباس - رضي الله عنهما - مرفوعا: ((على الركن اليماني ملك موكل به منذ خلق الله السماوات والأرض، فإذا مررتم به فقولوا: {ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب النار} فإنه يقول: آمين آمين!)). [حل، خط، الجرجاني، ابن الجوزي في ((منهاج القاصدين))،((الضعيفة)) (3873)]
(Sangat Lemah) Daripada Ibn 'Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Di atas bucu Rukun Yamani ada malaikat yang diutuskan untuk menjaganya semenjak Allah menciptakan langit dan bumi, maka apabila kamu berjalan melintasinya, ucapkanlah: Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta peliharalah kami daripada azab api neraka. Lalu, malaikat penjaga itu akan berkata: Aamin, aamin. [Riwayat Abu Nu‘aym dalam al-Hilyah, al-Khāṭib al-Baghdādī dalam Tārīkh Baghdād, al-Jurjani dan Ibn al-Jawzi dalam Manhaj al-Qasidin. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3873]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman