Mawdu'
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أوَّلُ الآيات الدَّجالُ، وَنزول عِيسى بن مَرْيَمَ، وَنَارٌ تَخْرُجُ مِنْ قَعْرِ عَدْنِ -أَبْيَنَ- تَسُوقُ النَّاسَ إلى المَحْشَر تَقِيلُ مَعَهُمْ إذَا قالوا، والدُّخان، قال حُذيفة: يا رسول الله! وما الدخان؟ فتلا رسول الله صلى الله عليه وسلم الآية: {يَوْمَ تَأْتِي السَّمَاءُ بِدُخَانٍ مُبِينٍ يَغْشَى النَّاسَ هَذَا عَذَابٌ أَلِيمٌ} [الدخان: 10-11]، يَمْلأ ما بَينَ المَشْرقِ والمَغْرِب يَمْكُثُ أرْبَعِينَ يَوْما وَلَيْلَةً أمَّا المُؤْمِنُ فَيُصِيبُهُ مِنْهُ كَهَيْئَةِ الزُّكامِ. وأمَّا الكَافِرُ فَيَكُونُ بِمَنزلَةِ السَّكْرانِ يَخْرُجُ مِنْ مَنْخِريْهِ وأُذُنَيْهِ ودُبُرِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Di antara tanda-tanda (kiamat) yang awal adalah: Dajjal, turunnya Isa Ibn Maryam, api yang keluar dari dalam ‘Adn- Abyan membawa manusia ke padang mahsyar, (ia sentiasa bersama kamu) apabila kamu tidur siang ia turut tidur, dan Dukhan (asap).” Hudhaifah berkata: Wahai Rasulullah! Apa itu al-Dukhan (asap)? Lalu Rasulullah SAW membaca ayat berikut, firman Allah SWT: {Semasa langit membawa asap kemarau yang jelas. Yang akan menimpa seluruh keadaan manusia (yang kafir itu, sehingga mereka akan berkata: "Ini adalah azab yang sungguh menyakitkan."} [al-Dukhan: 10-11]. Ia akan memenuhi antara timur dan barat, ia akan kekal selama empat puluh hari dan malam. Adapun orang-orang beriman yang terkenanya akan merasa seperti selsema manakala bagi orang yang kafir pula mereka akan menjadi seperti orang yang kemabukan, ia (asap) itu akan keluar daripada kedua lubang hidungnya, kedua telinganya dan juga daripada punggungnya.
Sahabat Perawi
- Hudhaifah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Mawdu'
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1584, hadis no. 8011. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع بهذا التمام) عن حذيفة بن اليمان يقول: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (أوَّلُ الآيات الدَّجالُ، وَنزول عِيسى بن مَرْيَمَ، وَنَارٌ تَخْرُجُ مِنْ قَعْرِ عَدْنِ أَبْيَنَ تَسُوقُ النَّاسَ إلى المَحْشَر تَقِيلُ مَعَهُمْ إذَا قالوا، والدُّخان"، قال حُذيفة: يا رسول الله! وما الدخان؟ فتلا رسول الله صلى الله عليه وسلم الآية: {يَوْمَ تَأْتِي السَّمَاءُ بِدُخَانٍ مُبِينٍ يَغْشَى النَّاسَ هَذَا عَذَابٌ أَلِيمٌ} ، يَمْلأ ما بَينَ المَشْرقِ والمَغْرِب يَمْكُثُ أرْبَعِينَ يَوْما وَلَيْلَةً أمَّا المُؤْمِنُ فَيُصِيبُهُ مِنْهُ كَهَيْئَةِ الزُّكامِ. وأمَّا الكَافِرُ فَيَكُونُ بِمَنزلَةِ السَّكْرانِ يَخْرُجُ مِنْ مَنْخِريْهِ وأُذُنَيْهِ ودُبُرِهِ). [الطبيري في ((تفسيره))، ((الضعيفة)) (6550)].
(Mawdu’ keseluruhannya) Daripada Hudhaifah RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: ((Di antara tanda-tanda (kiamat) yang awal adalah: Dajjal, turunnya Isa Ibn Maryam, api yang keluar dari dalam ‘Adn- Abyan membawa manusia ke padang mahsyar, (ia sentiasa bersama kamu) apabila kamu tidur siang ia turut tidur, dan Dukhan (asap).” Hudhaifah berkata: Wahai Rasulullah! Apa itu al-Dukhan (asap)? Lalu Rasulullah SAW membaca ayat berikut, firman Allah SWT: {Semasa langit membawa asap kemarau yang jelas. Yang akan menimpa seluruh keadaan manusia (yang kafir itu, sehingga mereka akan berkata: "Ini adalah azab yang sungguh menyakitkan."} [al-Dukhan: 10-11]. Ia akan memenuhi antara timur dan barat, ia akan kekal selama empat puluh hari dan malam. Adapun orang-orang beriman yang terkenanya akan merasa seperti selsema manakala bagi orang yang kafir pula mereka akan menjadi seperti orang yang kemabukan, ia (asap) itu akan keluar daripada kedua lubang hidungnya, kedua telinganya dan juga daripada punggungnya.)) [Riwayat al-Tabarani dalam Tafsirnya. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6550)].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman