Di antara sunnah (menunaikan) dua belas rakaat selepas solat ‘Eid

TEKS BAHASA ARAB

من السنة اثنتا عشرة ركعة بعد عيد الفطر وست ركعات بعد الأضحى.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Di antara sunnah, (menunaikan) dua belas rakaat selepas solat Aidilfitri dan enam rakaat selepas solat ‘Aidiladha.

STATUS

Tiada asalnya

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 46. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

في المختصر قول الثوري من السنة اثنتا عشرة ركعة بعد عيد الفطر وست ركعات بعد الأضحى لا أصل له، وفي الصحيح خلافه وهو أنه صلى الله عليه وسلم لم يصل قبلها ولا بعدها وقول التابعي من السنة كذا موقوف على الصحيح أما قول تابع التابعي فمنقطع.

Di dalam kitab al-Mukhtasar menyebut:
Ada ucapan al-Thauri yang menyebut:
“Di antara sunnah (menunaikan) dua belas rakaat selepas solat ‘Aid al-Fitr dan enam rakaat selepas solat ‘Aid al-Adha.”
Ucapan tersebut tiada asalnya.
Di dalam Sahih al-Bukhari, ia bercanggah dengan ucapan tersebut. Di mana Nabi SAW tidak menunaikan solat sebelum dan selepas solat hari raya. Ucapan al-tabi’in yang menyebut ‘di antara sunnah adalah sekian’ merupakan ucapan mauquf. Adapun ucapan tabi’ al-tabi’in tentang perkara tersebut adalah terputus sanadnya.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs