Tiada asalnya
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من السّنة اثْنَتَا عشرَة رَكْعَة بعد عيد الْفطر وست رَكْعَات بعد الْأَضْحَى.
Teks Bahasa Melayu
Di antara sunnah, (menunaikan) dua belas rakaat selepas solat Aidilfitri dan enam rakaat selepas solat ‘Aidiladha.
Ulama/Pengkaji Hadis
- al-Fattanī (m. 986H)
Status
Tiada asalnya
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 46. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
في المختصر قول الثوري من السنة اثنتا عشرة ركعة بعد عيد الفطر وست ركعات بعد الأضحى لا أصل له، وفي الصحيح خلافه وهو أنه صلى الله عليه وسلم لم يصل قبلها ولا بعدها وقول التابعي من السنة كذا موقوف على الصحيح أما قول تابع التابعي فمنقطع.
Di dalam kitab al-Mukhtasar menyebut: Ada ucapan al-Thauri yang menyebut: “Di antara sunnah (menunaikan) dua belas rakaat selepas solat ‘Aid al-Fitr dan enam rakaat selepas solat Aidiladha.” Ucapan tersebut tiada asalnya. Di dalam Sahih al-Bukhari, ia bercanggah dengan ucapan tersebut. Di mana Nabi SAW tidak menunaikan solat sebelum dan selepas solat hari raya. Ucapan al-tabi’in yang menyebut ‘di antara sunnah adalah sekian’ merupakan ucapan mauquf. Adapun ucapan tabi’ al-tabi’in tentang perkara tersebut adalah terputus sanadnya.
Rujukan
Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī al-Fattanī. (1343). Taẓkirah al-Mawḍū’āt. Idārah al-Ṭibā‘ah al-Munīrah.
Makluman