Terdapat perawi pendusta pada sanadnya
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
بَيْنَ كُلِّ أَذَانَيْنِ صَلاةٌ إِلا الْمغرب.
Teks Bahasa Melayu
Di antara setiap azan adanya solat melainkan waktu maghrib.
Ulama/Pengkaji Hadis
- al-Fattanī (m. 986H)
Status
Terdapat perawi pendusta pada sanadnya
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 36. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
في الوجيز «بين كل أذانين صلاة إلا المغرب» فيه حيان بن عبد الله كذاب، قلت أخرجه البزار وقال تفرد به حيان وهو بصري مشهور ليس به بأس، قيل لكنه اختلط والحديث في البخاري بلا زيادة إلا المغرب وعندي ابن حيان وهم في زيادته ويمكن أن لا وهم فإن الزيادة المذكورة لا تنافى أصل الحديث.
Di dalam kitab al-Wajiz menyebut: بَيْنَ كُلِّ أَذَانَيْنِ صَلاةٌ إِلا الْمغرب “Di antara setiap azan adanya solat melainkan waktu maghrib.” Di dalam sanad hadith ini terdapat Hayyan Bin Abdullah. Beliau adalah seorang pendusta. Aku katakan: al-Bazzar meriwayatkan hadith ini. Beliau berkata: Hayyan telah bersendirian meriwayatkan hadith ini. Beliau seorang yang terkenal yang berasal dari Basrah. Tidak mengapa meriwayatkan hadith daripadanya. Akan tetapi beliau telah ditimpa kekeliruan. Hadith ini terdapat di dalam Sahih al-Bukhari tanpa ada penambahan ‘kecuali waktu maghrib’. Aku berpandangan bahawa Hayyan adalah perawi yang wahm (banyak melakukan kesalahan) ketika menambahkan lafaz hadith dan boleh jadi beliau tidak wahm. Penambahan lafaz yang disebutkan tidak menafikan matan asal hadith ini.
Rujukan
Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī al-Fattanī. (1343). Taẓkirah al-Mawḍū’āt. Idārah al-Ṭibā‘ah al-Munīrah.
Makluman