Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
بَينَ الرُّكْنِ والمقامِ مُلْتَزَمٌ، مَا يَدْعُو به صَاحبُ عاهةٍ إلا بَرِئَ.
Teks Bahasa Melayu
Di antara rukun (penjuru ka'bah) dan maqam (Nabi Ibrahim) adanya multazam, tidaklah orang yang ditimpa penyakit berdoa berhampirannya melainkan dia akan sembuh.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1173, hadis no. 5933. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن ابن عباس - رضي الله عنهما - مرفوعا: ((بين الركن والمقام ملتزم؛ ما يدعوبه صاحب عاهة إلا برىء)). [طب، ((الضعيفة)) (2149)]
(ٍSangat Lemah) Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Di antara rukun (penjuru ka'bah) dan maqam (Nabi Ibrahim) adanya multazam, tidaklah orang yang ditimpa penyakit berdoa berhampirannya melainkan dia akan sembuh. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2149]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman