Di antara Rukun dan Maqam adalah Multazam

TEKS BAHASA ARAB

ما بين الركن والمقام ملتزم، من دعا – من ذي حاجة أو كربة أو ذي غم-؛ فرج عنه بإذن-الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Di antara Rukun dan Maqam adalah Multazam, sesiapa yang berdoa untuk sebarang hajat, kesusahan atau mahu menghilangkan kesedihan, maka Allah akan memberi jalan keluar kepadanya dengan izin Allah.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 745, hadis nombor 3815. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عباس -رضي الله عنهما – مرفوعا: «ما بين الركن والمقام ملتزم، من دعا – من ذي حاجة أو كربة أو ذي غم-؛ فرج عنه بإذن-الله».
[عد، «الضعيفة» (4865)].

(Sangat Lemah)
Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Di antara Rukun dan Maqam adalah Multazam, sesiapa yang berdoa untuk sebarang hajat, kesusahan atau mahu menghilangkan kesedihan, maka Allah akan memberi jalan keluar kepadanya dengan izin Allah.
[Riwayat Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Dhua’fa’. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4865].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs