Di antara khazanah amalan yang baik adalah menyembunyikan musibah, penyakit dan sedekah.

TEKS BAHASA ARAB

من كنوز البر كتمان المصائب والأمراض والصدقة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Di antara khazanah amalan yang baik adalah menyembunyikan musibah, penyakit dan sedekah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1721, hadis nombor 8653. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عمر -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((من كنوز البر كتمان المصائب والأمراض والصدقة.)) [الروياني، عد، حل، القضاعي، ((الضعيفة))(693)].

(Lemah)
Daripada Ibn Umar RHUMA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Di antara khazanah amalan yang baik adalah menyembunyikan musibah, penyakit dan sedekah.))
[Riwayat al-Ruwiyani, Ibn ‘Adiy dalam al-Kamil , Abu Nu’aim dalam al-Hilyah dan al-Qudha-i. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 693].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.