Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مِن كنوزِ البرِّ كتمانُ المصائبِ و الأمراضِ و الصَّدقَةِ.
Teks Bahasa Melayu
Di antara khazanah amalan yang baik adalah menyembunyikan musibah, penyakit dan sedekah.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1721, hadis no. 8653. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عمر -رضي الله عنهما- مرفوعا: ((من كنوز البر كتمان المصائب والأمراض والصدقة.)) [الروياني، عد، حل، القضاعي، ((الضعيفة))(693)].
(Lemah) Daripada Ibn Umar RHUMA, secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Di antara khazanah amalan yang baik adalah menyembunyikan musibah, penyakit dan sedekah.)) [Riwayat al-Ruwiyani, Ibn ‘Adiy dalam al-Kamil , Abu Nu’aim dalam al-Hilyah dan al-Qudha-i. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 693].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman