Di antara kebahagiaan adalah bersin ketika berdoa

TEKS BAHASA ARAB

من السعادة: العطاس عند الدعاء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Di antara kebahagiaan adalah bersin ketika berdoa.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1062, hadis nombor 7911. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس بن مالك-رضي الله عنه-،مرفوعا: ((من السعادة: العطاس عند الدعاء)). [هب، ((الضعيفة)) (6140)].

(Lemah) Daripada Anas bin Malik RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Di antara kebahagiaan adalah bersin ketika berdoa. [Diriwayatkan oleh al-Baihaqi dalam Kitab Shu’ab al-Iman, lihat Silsilah al-Daifah, no.6140].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.