Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مِنَ السعادةِ: العطاسُ عند الدعاء.
Teks Bahasa Melayu
Di antara kebahagiaan adalah bersin ketika berdoa.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1062, hadis no. 7911. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس بن مالك-رضي الله عنه-،مرفوعا: ((من السعادة: العطاس عند الدعاء)). [هب، ((الضعيفة)) (6140)].
(Lemah) Daripada Anas bin Malik RA, secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Di antara kebahagiaan adalah bersin ketika berdoa. [Diriwayatkan oleh al-Baihaqi dalam Kitab Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.6140].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman