Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Di akhir zaman, serigala yang berupa para qurra' (pembaca al-Quran)

Teks Bahasa Arab

سيكونُ في آخِرِ الزمانِ ذِئبانُ القُرَّاءِ، فمن أدرك ذلك الزمانَ؛ فَلْيَتَعَوَّذْ باللهِ من شَرِّهِم.

Teks Bahasa Melayu

Di akhir zaman, serigala yang berupa para qurra' (pembaca al-Quran). Oleh itu, sesiapa yang hidup pada zaman tersebut, hendaklah dia meminta perlindungan kepada Allah daripada kejahatan mereka.

Sahabat Perawi

  1. Abu Umamah al-Bahili RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1332, hadis no. 6807. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

‌‌(ضعيف) عن أبي أمامة الباهلي رضي الله عنه مرفوعا: سيكون في آخر الزمان ذئبان القراء، فمن أدرك ذلك الزمان؛ فليتعوذ بالله من شرهم. [حل، ((الضعيفة)) (3721)]

(Lemah) Daripada Abu 'Umamah al-Bahili RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Di akhir zaman, serigala yang berupa para qurra' (pembaca al-Quran). Oleh itu, sesiapa yang hidup pada zaman tersebut, hendaklah dia meminta perlindungan kepada Allah daripada kejahatan mereka. [Riwayat Abu Nu'aim dalam al-Ḥilyah al-Awliya'. Lihat Silsilah al-Da'ifah,no. 3721]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.