Di akhir zaman, kesejukan Rom berpindah ke Syam dan kesejukan Syam ke Mesir

TEKS BAHASA ARAB

في آخر الزمان ينتقل برد الروم إلى الشام، وبرد الشام إلى مصر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Di akhir zaman, kesejukan Rom berpindah ke Syam dan kesejukan Syam ke Mesir.

STATUS

Tiada Asal

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Mulla ‘Ali al-Qari (m. 1014H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘, di halaman 129, hadis nombor 209. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

لا أصل له كما نقله السخاوي عن شيخه العسقلاني.

Tiada asal baginya seperti yang dinukilkan oleh al-Sakhawi daripada gurunya al-‘Asqalani.

RUJUKAN

Mulla ‘Ali al-Qari. (1398H). Al-Masnu‘ Fi Ma‘rifat al-Hadis al-Mawdu‘ (‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Muassasah al-Risalah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs