Batil
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
سيكونُ في آخرِ الزمانِ أُمراءُ جَوَرَ، فمن خافَ سيُوفَهُم وسَهْمَهُم وسَوطَهِمْ فلا يأمرْ بالمعروفِ ولا ينهَ عنِ المنكرِ.
Teks Bahasa Melayu
Di akhir zaman akan ada pemerintah-pemerintah yang menindas. Maka sesiapa yang takut terhadap pedang, anak panah dan cemeti mereka, maka janganlah dia menyuruh kepada kebaikan (makruf) dan jangan pula dia mencegah daripada kejahatan (mungkar).
Sahabat Perawi
- Zaid bin Thabit RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Batil
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1389, hadis no. 7053. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(باطل موضوع) عن زيد بن ثابت رضي الله عنه، قال: قال صلى الله عليه وسلم: سيكون في آخر الزمان أمراء جور، فمن خاف سيوفهم وسهمهم وسوطهم فلا يأمر بالمعروف ولا ينه عن المنكر. [الخطيب في ((تلخيص المتشابه))، ((الضعيفة)) (6839)]
(Batil lagi palsu) Daripada Zaid bin Thabit RA, katanya: Baginda SAW bersabda: Di akhir zaman akan ada pemerintah-pemerintah yang menindas. Maka sesiapa yang takut terhadap pedang, anak panah dan cemeti mereka, maka janganlah dia menyuruh kepada kebaikan (makruf) dan jangan pula dia mencegah daripada kejahatan (mungkar). [Riwayat al-Khatib dalam Talkhis al-Mutashabih. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6839]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman