Dengarlah wahai wanita yang di sebelah

TEKS BAHASA ARAB

اسمعي يا جارة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Dengarlah, wahai wanita yang di sebelah.

STATUS

Bukan hadis

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 16, hadis nombor 29. Berikut adalah komentar terhadap hadis ini:

هو بعض مثل قاله الحجاج لأنس، حين شكا منه: إنما مثلي ومثلك كقول الذي قال: إياك أعني واسمعي يا جارة.

Ia merupakan sebahagian perumpamaan yang dikatakan oleh al-Hajjaj kepada Anas ketika dia mengadu terhadapnya: “Sesungguhnya kesamaan antara aku dan kamu sama seperti
kata-kata orang yang berkata: “ُEngkaulah yang aku maksudkan, dan dengarlah, wahai wanita yang di sebelah”.

RUJUKAN

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs