Bukan hadis

30/06/2024

minit bacaan



Dengarlah daripada perkara-perkara yang membuat kamu menangis

Teks Bahasa Arab

‌اسْمَعْ ‌مِنْ ‌مُبْكِيَاتِكَ ‌وَلا ‌تَسْمَعْ ‌مِنْ ‌مُضْحِكَاتِكَ.

Teks Bahasa Melayu

Dengarlah dari perkara-perkara yang membuat kamu menangis dan jangan kamu dengar dari perkara-perkara yang membuat kamu ketawa.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H)

Status

Bukan hadis

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri (m.1143H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith, di halaman 15, hadis no. 28. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

يجري على الألسنة. وأصله من كلام الحسن، أخرجه الإمام أحمد في (الزهد) بمعناه.

Berlegar-legar pada lidah orang ramai. Asalnya adalah daripada ucapan Al-Hasan. Imam Ahmad telah mengeluarkannya dalam Al-Zuhd semakna dengannya.

Rujukan

Ahmad bin ’Abd al-Karim al-’Amiri. (1412H). Al-Jadd al-Hathith Fi Bayan Ma Laisa Bi Hadith (Bakr bin Abdullah Abu Zayd, Ed.). Dar al-Rayah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.