Dengarlah dan taatlah, kerana asas Islam ialah ketaatan, dan ketaatan ialah kunci syurga

TEKS BAHASA ARAB

سمعوا وأطيعوا؛ فإن رأس الإسلام الطاعة، والطاعة مفتاح الجنة، وخير أعمالكم الجهاد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Dengarlah dan taatlah, kerana asas Islam ialah ketaatan, dan ketaatan ialah kunci syurga. Dan sebaik-baik amalan kalian ialah jihad.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 846, hadis nombor 4336. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن حنظلة الكاتب -رضي الله عنه- أنه سمع النبي صلى الله عليه وسلم يقول: ((اسمعوا وأطيعوا؛ فإن رأس الإسلام الطاعة، والطاعة مفتاح الجنة، وخير أعمالكم الجهاد)).
[ابن حبان في ((الثقات))، ((الضعيفة)) (5768)]

(Munkar) Daripada Hanẓalah al-Kātib RA bahawasanya dia mendengar Nabi SAW bersabda: Dengarlah dan taatlah, kerana asas Islam ialah ketaatan, dan ketaatan ialah kunci syurga. Dan sebaik-baik amalan kalian ialah jihad.
[Riwayat Ibn Ḥibbān dalam al-Thiqāt. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5768]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs