Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
اسمَعوا وأطيعوا؛ فإنَّ رأسَ الإسلامِ الطَّاعَةُ، والطَّاعةُ مِفتاحُ الجنَّةِ، وخيرُ أعمالِكُم الجهادُ.
Teks Bahasa Melayu
Dengarlah dan taatlah, kerana asas Islam ialah ketaatan, dan ketaatan ialah kunci syurga. Dan sebaik-baik amalan kalian ialah jihad.
Sahabat Perawi
- Hanzalah al-Katib RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 846, hadis no. 4336. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن حنظلة الكاتب -رضي الله عنه- أنه سمع النبي صلى الله عليه وسلم يقول: ((اسمعوا وأطيعوا؛ فإن رأس الإسلام الطاعة، والطاعة مفتاح الجنة، وخير أعمالكم الجهاد)). [ابن حبان في ((الثقات))، ((الضعيفة)) (5768)]
(Munkar) Daripada Hanẓalah al-Kātib RA bahawasanya dia mendengar Nabi SAW bersabda: Dengarlah dan taatlah, kerana asas Islam ialah ketaatan, dan ketaatan ialah kunci syurga. Dan sebaik-baik amalan kalian ialah jihad. [Riwayat Ibn Ḥibbān dalam al-Thiqāt. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5768]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman