Dengarkan kepada mereka tasbihKu dan pujian keagungan kepadaKu

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إذا كان يوم القيامة؛ قال الله: أين الذين كانوا ينزهون أسماعهم وأبصارهم عن مزامير الشيطان؟ ميزوهم، فيميزون في كثب المسك والعنبر، ثم يقول للملائكة: اسمعوهم تسبيحي وتمجيدي، قال: فيسمعون بأصوات لم يسمع السامعون بمثلها قط.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Pada hari kiamat, Allah SWT berkata: Di manakah orang yang menjauhkan (menjaga) pendengaran dan penglihatan mereka daripada seruling syaitan? Asingkan mereka, lalu mereka diasingkan di atas bukit pasir kasturi dan juga anbar (minyak ambergris). Kemudian Dia berkata kepada para malaikat: Dengarkan kepada mereka tasbihKu dan pujian keagungan kepadaKu. Dia berkata: Lalu mereka diperdengarkan dengan suara yang mana-mana pendengar belum pernah sekalipun mendengar seperti itu.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 711, hadis nombor 3638. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن جابر رضي الله عنه، قال: قال رسول الله ﷺ: إذا كان يوم القيامة؛ قال الله: أين الذين كانوا ينزهون أسماعهم وأبصارهم عن مزامير الشيطان؟ ميزوهم، فيميزون في كثب المسك والعنبر، ثم يقول للملائكة: اسمعوهم تسبيحي وتمجيدي، قال: فيسمعون بأصوات لم يسمع السامعون بمثلها قط.
[فر، ((الضعيفة)) (6506)].

(Palsu)
Daripada Jabir RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Pada hari kiamat, Allah SWT berkata: Di manakah orang yang menjauhkan (menjaga) pendengaran dan penglihatan mereka daripada seruling syaitan? Asingkan mereka, lalu mereka diasingkan di atas bukit pasir kasturi dan juga anbar (minyak ambergris). Kemudian Dia berkata kepada para malaikat: Dengarkan kepada mereka tasbihKu dan pujian keagungan kepadaKu. Dia berkata: Lalu mereka diperdengarkan dengan suara yang mana-mana pendengar belum pernah sekalipun mendengar seperti itu.
[Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6506].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.