Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
اسمَعوا وأطيعوا فإنَّ رأسَ الإسلامِ الطَّاعَةُ والطَّاعةُ مِفتاحُ الجنَّةِ وخيرُ أعمالِكُم الجهادُ
Teks Bahasa Melayu
Dengar dan taatlah. Sesungguhnya kepala bagi Islam adalah ketaatan. Ketaatan itu adalah kunci syurga dan sebaik-baik amalan yang kalian lakukan adalah jihad.
Sahabat Perawi
- Hanzalah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1013, hadis no. 5217. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن حنظلة الكاتب رضي الله عنه أنه سمع رسول الله ﷺ يقول: اسمعوا وأطيعوا فإن رأس الإسلام الطاعة والطاعة مفتاح الجنة وخير أعمالكم الجهاد. [ابن حبان في الثقات, الضعيفة (5768)]
(Munkar) Daripada Hanzalah al-Katib RA, beliau telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Dengar dan taatlah. Sesungguhnya kepala bagi Islam adalah ketaatan. Ketaatan itu adalah kunci syurga dan sebaik-baik amalan yang kalian lakukan adalah jihad. [Ibn Hibban dalam al-Thiqat, al-Dha’ifah no. 5768].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman