Classification icon

Munkar Marfu'

30/06/2024

minit bacaan



Dengan sebenar-benar takwa (tafsirannya ialah): Hendaklah (Allah itu) ditaati dan tidak diingkari

Teks Bahasa Arab

{حَقَّ تُقَاتِهِ}: أن يُطاعَ فلا يُعصَى، وأن يُذكرَ فلا يُنسَى، وأن يُشكرَ فلا يُكفرَ.

Teks Bahasa Melayu

"Dengan sebenar-benar takwa" (tafsirannya ialah): Hendaklah (Allah itu) ditaati dan tidak diingkari, diingati dan tidak dilupai dan disyukuri dan tidak dikufuri.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Mas‘ūd RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar Marfu'

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 566, hadis no. 2933.

(منكر مرفوع) عن عبد الله بن مسعود - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله ﷺ: «{حَقَّ تُقَاتِهِ}: أن ‌يطاع؛ فلا يعصى، وأن يذكر؛ فلا ينسى، وأن يشكر؛ فلا يكفر». [حل، ((الضعيفة)) (6909)].

(Munkar Marfu') Daripada Abdullah bin Mas‘ūd RA, beliau berkata: Baginda ﷺ bersabda: "Dengan sebenar-benar takwa" (tafsirannya ialah): Hendaklah (Allah itu) ditaati dan tidak diingkari, diingati dan tidak dilupai dan disyukuri dan tidak dikufuri”. [Riwayat Abū Nu‘aym dalam al-Ḥilyah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6909].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.