Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
اللَّهمَّ إنِّي أسألُكَ رحمةً مِن عندِكَ تَهْدي بِها قلبي، وتَجمعُ بِها أمري، وتلُمُّ بِها شَعثي، وتُصلِحُ بِها غائبي، وترفَعُ بِها شاهِدي، وتُزَكِّي بِها عمَلي… الحديثَ بطولِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu rahmat dari sisi-Mu yang dengannya Engkau berikan petunjuk kepada jiwaku, dengan rahmat itu Engkau menghimpunkan urusanku, dengan rahmat itu Engkau menyusun kekusutanku, dengan rahmat itu Engkau memperbaik apa yang tidak aku lihat, dengan rahmat itu Engkau mengangkat darjat amalanku yang zahir, dengan rahmat itu Engkau menyucikan amalanku…, hadis yang panjang.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1444, hadis no. 7349. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس رضي الله عنهما، قال: سمعت نبي الله ﷺ يقول ليلة حين فرغ من صلاته -وفي رواية: الركعتين قبل الفجر- يقول: اللهم إني أسألك رحمة من عندك تهدي بها قلبي، وتجمع بها أمري، وتلم بها شعثي، وتصلح بها غائبي، وترفع بها شاهدي، وتزكي بها عملي … الحديث بطوله. [ت، ابن خزيمة، الحربي في ((غريب الحديث))، حل، عد، ((الضعيفة)) (2916)]
(Lemah) Daripada Ibn ‘Abbās RA, beliau berkata: Aku pernah mendengar Nabi Allah SAW bersabda pada satu malam setelah baginda selesai solat (dalam riwayat lain: dua rakaat sebelum fajar). Baginda mengucapkan: Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu rahmat dari sisi-Mu yang dengannya Engkau berikan petunjuk kepada jiwaku, dengan rahmat itu Engkau menghimpunkan urusanku, dengan rahmat itu Engkau menyusun kekusutanku, dengan rahmat itu Engkau memperbaik apa yang tidak aku lihat, dengan rahmat itu Engkau mengangkat darjat amalanku yang zahir, dengan rahmat itu Engkau menyucikan amalanku…, hadis yang panjang. [Riwayat al-Tirmidhī dalam Sunannya, Ibn Khuzaimah dalam Ṣaḥīḥnya, al-Ḥarbī dalam Gharīb al-Hadīth, Abū Nu‘aim dalam Ḥilyah al-Awliyā’, Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil fī al-Ḍu‘afā’. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2916]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman