Dengan nama Allah yang tidak ada Tuhan yang layak disembah selain Dia

TEKS BAHASA ARAB

باسم الله الذي لا إله إلا هو عالم الغيب والشهادة الرحمن الرحيم، اللهم! أذهب عني الهم والحزن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Dengan nama Allah yang tidak ada Tuhan yang layak disembah selain Dia, Dia Tuhan yang mengetahui perkara ghaib dan nyata, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ya Allah! Hilangkanlah daripadaku kedukaan dan kesedihan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1461, hadis nombor 7433. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عمرو بن قيس مرفوعاً: كان إذا انصرف من صلاته مسح جبهته بيده اليمنى وقال: ((باسم الله الذي لا إله إلا هو عالم الغيب والشهادة الرحمن الرحيم، اللهم! أذهب عني الهم والحزن)). [بهشل في ((تاريخ واسط))، ((الضعيفة)) (3904)]

(Lemah)
Daripada ‘Amr bin Qais secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila Baginda selesai daripada solat Baginda, Baginda menyapu dahi Baginda menggunakan tangan kanan Baginda seraya membaca: Dengan nama Allah yang tidak ada Tuhan yang layak disembah selain Dia, Dia Tuhan yang mengetahui perkara ghaib dan nyata, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ya Allah! Hilangkanlah daripadaku kedukaan dan kesedihan.
[Riwayat Bahshal dalam Tarikh Wasit. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3904]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs