Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, aku meminta perlindungan untukmu kepada Allah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

بسم الله الرحمن الرحيم، أعيذك بالله الأحد الصمد الذي لم يلد، ولم يولد، ولم يكن له كفوا أحد، من شر ما تجد، يا عثمان! تعوذ بها، فما تعوذ متعوذ بمثلها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, aku meminta perlindungan untukmu kepada Allah Yang Maha Esa lagi Tunggal, Tuhan yang tidak beranak dan tidak pula diperanakkan dan tidak ada satu pun yang sekufu dengan-Nya, daripada keburukan yang sedang engkau hadapi. Wahai ‘Uthmān, mintalah perlindungan dengannya (ucapan itu), kerana tidak ada doa meminta perlindungan yang diucapkan oleh orang yang meminta perlindungan yang sama sepertinya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1447-1448, hadis nombor 7363. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عثمان بن عفان -رضي الله عنه-، قال: مرضت فكان رسول الله صلى الله عليه وسلم يعودني، فعوذني يوما فقال: ((بسم الله الرحمن الرحيم، أعيذك بالله الأحد الصمد الذي لم يلد، ولم يولد، ولم يكن له كفوا أحد، من شر ما تجد، يا عثمان! تعوذ بها، فما تعوذ متعوذ بمثلها)). [ابن السني، أبو يعلى، ((الضعيفة)) (2847)]

(Lemah)
Daripada ‘Uthmān bin ‘Affān RA, beliau berkata: Aku jatuh sakit, lalu Rasulullah SAW kerap menziarahiku. Lalu, pada suatu hari Baginda berdoa agar Allah melindungiku dengan mengucapkan: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, aku meminta perlindungan untukmu kepada Allah Yang Maha Esa lagi Tunggal, Tuhan yang tidak beranak dan tidak pula diperanakkan dan tidak ada satu pun yang sekufu dengan-Nya, daripada keburukan yang sedang engkau hadapi. Wahai ‘Uthmān, mintalah perlindungan dengannya (ucapan itu), kerana tidak ada doa meminta perlindungan yang diucapkan oleh orang yang meminta perlindungan yang sama sepertinya.
[Riwayat Ibn al-Sunnī dalam ‘Amal al-Yaum wa al-Lailah, dan Abū Ya‘lā dalam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2847].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.