Dengan nama Allah, ya Allah! Ubatilah aku dengan ubat-ubat-Mu, sembuhkanlah aku dengan kesembuhan-Mu, cukupkanlah aku dengan kelebihan-Mu daripada selain-Mu dan jauhkanlah aku daripada kecelakaan-Mu.

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

ضعي يدك اليمنى على فؤادك وقولي : باسم الله، اللهم! داوني بدوائك، واشفني بشفائك، وأغنني بفضلك عمن سواك، واحذر عني أذاك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Daripada al-Muntaji’ bin Mus’ab al-Maziniy: “Rabi’ah binti Yazid telah berkata kepadaku: Telah berkata kepadaku Miyyah daripada Maimunah binti Abu ‘Usaib mawla Rasulullah SAW: Seorang wanita daripada Huraish telah datang kepada Rasulullah SAW dengan menaiki unta. Lalu dia memanggil: Wahai Aisyah! Tunjukkan aku dengan doa daripada Rasulullah SAW yang mententeramkan aku dan menenangkan aku. Baginda berkata kepadanya: Letakkan tangan kananmu di dadamu lalu bacalah: Dengan nama Allah, ya Allah! Ubatilah aku dengan ubat-ubat-Mu, sembuhkanlah aku dengan kesembuhan-Mu, cukupkanlah aku dengan kelebihan-Mu daripada selain-Mu dan jauhkanlah aku daripada kecelakaan-Mu. Berkata Rabi’ah: Lalu aku berdoa dengannya dan aku mendapati kesannya baik. Berkata al-Muntaji’: Aku melihat Rabi’ah berkata dalam hadith ini: Wanita itu bukan aku.”

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1758, hadis nombor 8853. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن المنتجع بن مصعب المازني: حدثتني ربيعة بنت يزيد: حدثتني مية عن ميمونة بنت [أبي] عسيب مولاة رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: أن امرأة من حريش أتت رسول الله – صلى الله عليه وسلم – على بعير، فنادت: يا عائشة! أعينيني بدعوة من رسول الله – صلى الله عليه وسلم – تسكنيني أو تطمنيني، وأنه قال لها: . . . (ضعي يدك اليمنى على فؤادك وقولي: باسم الله، اللهم! داوني بدوائك، واشفني بشفائك، وأغنني بفضلك عمن سواك، واحدر عني أذاك). قالت ربيعة: فدعوت به، فوجدته جيداً. قال المنتجع: وأرى أن ربيعة قالت في هذا الحديث: إن المرأة كانت غيري. [طب، ((الضعيفة)) (5903)].

(Lemah)
Daripada al-Muntaji’ bin Mus’ab al-Maziniy: “Telah berkata kepadaku Rabi’ah binti Yazid: Telah berkata kepadaku Miyyah daripada Maimunah binti Abi ‘Usaib mawla Rasulullah SAW: Seorang wanita daripada Huraish telah datang kepada Rasulullah SAW dengan menaiki unta. Lalu dia memanggil: "Wahai Aisyah! Tunjukkan aku doa daripada Rasulullah SAW yang mententeramkan aku dan menenangkan aku." Baginda berkata kepadanya: ((Letakkan tangan kananmu di dadamu lalu bacalah: Dengan nama Allah, ya Allah! Ubatilah aku dengan ubat-ubat-Mu, sembuhkanlah aku dengan kesembuhan-Mu, cukupkanlah aku dengan kelebihan-Mu daripada selain-Mu dan jauhkanlah aku daripada kecelakaan-Mu.)) Berkata Rabi’ah: Lalu aku berdoa dengannya dan aku mendapati kesannya baik. Berkata al-Muntaji’: Aku melihat Rabi’ah berkata dalam hadith ini: Wanita itu bukan aku.”
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 5903].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.