Dengan nama Allah! Ya Allah, ubatilah aku dengan ubat-Mu, sembuhkanlah aku dengan penyembuhan-Mu

TEKS BAHASA ARAB

ضعي يدك اليمنى على فؤادك وقولي: باسم الله، اللهم! داوني بدوائك، واشفني بشفائك، وأغنني بفضلك عمن سواك، واحدر عني أذاك.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Letakkan tangan kananmu di dadamu dan sebutlah: Dengan nama Allah! Ya Allah! Ubatilah aku dengan ubat-Mu, sembuhkanlah aku dengan penyembuhan-Mu, kayakanlah aku dengan kurniaan-Mu agar aku tidak mencari selain daripada-Mu dan jauhkanlah aku daripada celaan-Mu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1531, hadis nombor 7779. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن المنتجع بن مصعب المازني: حدثتني ربيعة بنت يزيد: حدثتني مية عن ميمونة بنت أبي عسيب مولاة رسول الله صلى الله عليه وسلم: أن امرأة من حريش أتت رسول الله صلى الله عليه وسلم على بعير، فنادت: يا عائشة! أعينيني بدعوة من رسول الله صلى الله عليه وسلم تسكنيني أو تطمنيني، وأنه قال لها: ((ضعي يدك اليمنى على فؤادك وقولي: باسم الله، اللهم! داوني بدوائك، واشفني بشفائك، وأغنني بفضلك عمن سواك، واحدر عني أذاك)). قالت ربيعة: فدعوت به، فوجدته جيدا، قال المنتجع: وأرى أن ربيعة قالت في هذا الحديث: إن المرأة كانت غيرى. [طب، ((الضعيفة)) (5903)].

(Lemah) Daripada al-Muntaji’ bin Mus’ab al-Mazini: Telah menceritakan kepadaku Rabia’ah binti Yazid: Telah menceritakan kepadaku Mayyah daripada Maimunah binti Abu ‘Usaib mawla Rasulullah SAW: Ada seorang wanita dari Huriash telah datang kepada Rasulullah SAW dengan menaiki tunggangan lalu dia memanggil: Wahai Aisyah! Bantulah aku dengan doa daripada Rasulullah SAW agar aku mendapat keamanan atau ketenangan. Rasulullah SAW kemudian bersabda kepadanya: ((Letakkan tangan kananmu di dadamu dan sebutlah: Dengan nama Allah! Ya Allah! Ubatilah aku dengan ubat-Mu, sembuhkanlah aku dengan penyembuhan-Mu, kayakanlah aku dengan kurniaan-Mu agar aku tidak mencari selain daripada-Mu dan jauhkanlah aku daripada celaan-Mu.)) Telah berkata Rabi’ah: Aku berdoa dengannya, lalu aku mendapati keadaan ku menjadi amat baik. Al-Muntaji’ berkata: Aku melihat Rabi’ah berkata tentang hadis ini: Sesungguhnya wanita ialah Ghaira.”
[Riwayat al-Ṭabarānī di dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5903].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.