Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
ضعي يدك اليمنى على فؤادك وقولي: باسم الله، اللهم! داوني بدوائك، واشفني بشفائك، وأغنني بفضلك عمن سواك، واحدر عني أذاك.
Teks Bahasa Melayu
Letakkan tangan kananmu di dadamu dan sebutlah: Dengan nama Allah! Ya Allah! Ubatilah aku dengan ubat-Mu, sembuhkanlah aku dengan penyembuhan-Mu, kayakanlah aku dengan kurniaan-Mu agar aku tidak mencari selain daripada-Mu dan jauhkanlah aku daripada celaan-Mu.
Sahabat Perawi
- al-Muntaji’ bin Mus’ab al-Mazini
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1531, hadis no. 7779. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن المنتجع بن مصعب المازني: حدثتني ربيعة بنت يزيد: حدثتني مية عن ميمونة بنت أبي عسيب مولاة رسول الله صلى الله عليه وسلم: أن امرأة من حريش أتت رسول الله صلى الله عليه وسلم على بعير، فنادت: يا عائشة! أعينيني بدعوة من رسول الله صلى الله عليه وسلم تسكنيني أو تطمنيني، وأنه قال لها: ((ضعي يدك اليمنى على فؤادك وقولي: باسم الله، اللهم! داوني بدوائك، واشفني بشفائك، وأغنني بفضلك عمن سواك، واحدر عني أذاك)). قالت ربيعة: فدعوت به، فوجدته جيدا، قال المنتجع: وأرى أن ربيعة قالت في هذا الحديث: إن المرأة كانت غيرى. [طب، ((الضعيفة)) (5903)].
(Lemah) Daripada al-Muntaji’ bin Mus’ab al-Mazini: Telah menceritakan kepadaku Rabia’ah binti Yazid: Telah menceritakan kepadaku Mayyah daripada Maimunah binti Abu ‘Usaib mawla Rasulullah SAW: Ada seorang wanita dari Huriash telah datang kepada Rasulullah SAW dengan menaiki tunggangan lalu dia memanggil: Wahai Aisyah! Bantulah aku dengan doa daripada Rasulullah SAW agar aku mendapat keamanan atau ketenangan. Rasulullah SAW kemudian bersabda kepadanya: ((Letakkan tangan kananmu di dadamu dan sebutlah: Dengan nama Allah! Ya Allah! Ubatilah aku dengan ubat-Mu, sembuhkanlah aku dengan penyembuhan-Mu, kayakanlah aku dengan kurniaan-Mu agar aku tidak mencari selain daripada-Mu dan jauhkanlah aku daripada celaan-Mu.)) Telah berkata Rabi’ah: Aku berdoa dengannya, lalu aku mendapati keadaan ku menjadi amat baik. Al-Muntaji’ berkata: Aku melihat Rabi’ah berkata tentang hadis ini: Sesungguhnya wanita ialah Ghaira.” [Riwayat al-Ṭabarānī di dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5903].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman