Dengan nama Allah, tidak ada upaya dan tidak ada kekuatan kecuali milik Allah

TEKS BAHASA ARAB

بسم الله لا حول ولا قوة إلا بالله التكلان على الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Dengan nama Allah, tidak ada upaya dan tidak ada kekuatan kecuali milik Allah. Tawakkal hanyalah kepada Allah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 62, hadis nombor 40. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ضعيف.
أخرجه ابن ماجة (3885) وابن أبي الدنيا في التوكل رقم (24) وابن السني في اليوم الليلة (177) من طريق عبد الله بن حسين عن عطاء بن يسار عن سهيل بن أبي صالح عن أبيه عن أبي هريرة أن النبي صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم كان إذا خرج من بيته فقال فذكره.
قلت: وهذا سند ضعيف وقال البوصيري في الزوائد (211/ 3) هذا إسناد فيه عبد الله بن حسين بن عطاء وقد ضعفه أبو زرعه والبخاري وابن حبان.

Dha’if (Lemah). Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh Ibn Majjah (3885), Ibn Abi al-Dunya dalam al-Tawakkal (hadith : 24), Ibn al-Sunni dalam al-Yaum Wa al-Lailah (177) melalui sanad Abd Allah bin Husain bin ‘Ata’ bin Yasar daripada Suhail bin Abi Soleh daripada ayahnya daripada Abu Hurairah bahawa Nabi SAW apabila keluar daripada rumah Baginda SAW, Baginda SAW membaca…lalu beliau menyebutkannya.
Saya berkata: Ini adalah sanad yang dha’if. Al-Busairi dalam al-Zawaid (3/211) berkata: "Sanad ini di dalamnya terdapat Abd Allah bin Husain bin ‘Ata’. Abu Zur’ah, al-Bukhari dan Ibn Hibban telah menilai beliau sebagai dha’if.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs