Classification icon

Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Dengan nama Allah, aku beriman dengan Allah dan aku bertawakal kepada-Nya, tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuasaan Allah

Teks Bahasa Arab

كانَ إذا خرجَ إلى الصَّلاةِ قالَ: باسمِ اللَّهِ، آمنتُ باللَّهِ، توكَّلتُ علَى اللَّهِ، لا حولَ ولا قوَّةَ إلَّا باللَّهِ اللَّهمَّ بحقِّ السَّائلينَ عليكَ، وبحقِّ مَخرجي هذا؛ فإنِّي لم أخرُج أشرًا ولا بطرًا، ولا رِياءً ولا سُمعةً، خرجتُ ابتغاءَ مرضاتِكَ، واتِّقاءَ سخطِكَ، أسألُكَ أن تُعيذَني منَ النَّارِ، وتُدخِلَني الجنَّةَ.

Teks Bahasa Melayu

Apabila Nabi SAW keluar untuk solat, Baginda akan membaca: “Dengan nama Allah, aku beriman dengan Allah dan aku bertawakal kepada-Nya, tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuasaan Allah. Ya Allah! Dengan hak orang yang meminta kepada-Mu, dan dengan hak jalan keluarku ini, sesungguhya aku tidak keluar dalam keadaan galak, dan tidak dalam keadaan sombong dan tidak juga dengan riak serta tidak juga dengan bangga diri. Aku keluar ini hanya untuk mendapat keredhaan-Mu, serta untuk menjauhi dari kemarahan-Mu. Aku memohon kepada-Mu untuk melindungiku daripada api neraka dan masukkanlah aku ke dalam syurga.”

Sahabat Perawi

  1. Bilal RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1558, hadis no. 7892. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن بلال -رضي الله عنه- مرفوعا: ((كان إذا خرج إلى الصلاة؛ قال: باسم الله، آمنت بالله، توكلت على الله، لا حولَ ولا قوة إلا بالله. اللَّهُمَّ بِحَقِّ السَّائِلِينَ عَلَيْكَ، وَبِحَقِّ مَخرجي هَذَا، فَإِنِّي لَمْ أَخْرُجْ أَشَراً، وَلاَ بَطَراً، وَلاَ رِيَاءً، وَلاَ سُمْعَةً، خَرَجْتُ ابْتِغَاءَ مَرْضَاتِكَ، وَاتِّقَاءَ سُخْطِكَ، أَسْأَلُكَ أَنْ تُعِيذَنِي مِنَ النَّارِ، وتُدخِلَني الجنة)) [ابن السني، ((الضعيفة)) (6252)]

(Sangat Lemah) Daripada Bilal RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila Nabi SAW keluar untuk solat, Baginda akan membaca: “Dengan nama Allah, aku beriman dengan Allah dan aku bertawakal kepada-Nya, tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuasaan Allah. Ya Allah! Dengan hak orang yang meminta kepada-Mu, dan dengan hak jalan keluarku ini, sesungguhya aku tidak keluar dalam keadaan galak, dan tidak dalam keadaan sombong dan tidak juga dengan riak serta tidak juga dengan bangga diri. Aku keluar ini hanya untuk mendapat keredhaan-Mu, serta untuk menjauhi dari kemarahan-Mu. Aku memohon kepada-Mu untuk melindungiku daripada api neraka dan masukkanlah aku ke dalam syurga.” [Riwayat Ibn al-Sunni. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6252]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.