Dengan menyapu minyak wangi akan menghilangkan kesusahan

TEKS BAHASA ARAB

‌الدهن يذهب بالبؤس، والكسوة تظهر الغنى، والإحسان إلى الخادم مما يكبت الله به العدو.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Dengan menyapu minyak akan menghilangkan kesusahan, pakaian pula menzahirkan kekayaan, dan berbuat baik kepada hamba merupakan asbab Allah menghinakan musuh dengannya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1633, hadis nombor 8258. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(‌ضعيف جدا) عن طلحة – رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -:((الدهن يذهب بالبؤس، والكسوة تظهر الغنى، والإحسان إلى الخادم مما يكبت الله به العدو)). [أبو نعيم في ((الطب))، ((الضعيفة)) (5921)].

(Sangat Lemah)
Daripada Talhah RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Dengan menyapu minyak akan menghilangkan kesusahan, pakaian pula menzahirkan kekayaan dan berbuat baik kepada hamba merupakan asbab Allah menghinakan musuh dengannya.))
[Riwayat Abu Nu’aim dalam al-Tib. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.5921].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs