Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الدُّهنُ يذهبُ بالبؤسِ، والكسوةُ تظهرُ الغنى، والإحسانُ إلى الخادمِ مما يكبتُ اللهُ به العدوَّ.
Teks Bahasa Melayu
Dengan menyapu minyak akan menghilangkan kesusahan, pakaian pula menzahirkan kekayaan, dan berbuat baik kepada hamba merupakan asbab Allah menghinakan musuh dengannya.
Sahabat Perawi
- Talhah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1633, hadis no. 8258. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن طلحة - رضي الله عنه -، قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -:((الدهن يذهب بالبؤس، والكسوة تظهر الغنى، والإحسان إلى الخادم مما يكبت الله به العدو)). [أبو نعيم في ((الطب))، ((الضعيفة)) (5921)].
(Sangat Lemah) Daripada Talhah RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Dengan menyapu minyak akan menghilangkan kesusahan, pakaian pula menzahirkan kekayaan dan berbuat baik kepada hamba merupakan asbab Allah menghinakan musuh dengannya.)) [Riwayat Abu Nu’aim dalam al-Tib. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.5921].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman