Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Dengan keagungan Tuhanku yang maha Tinggi, sesungguhnya aku telah menyampaikan (risalah)

Teks Bahasa Arab

كان آخِرُ ما تكلم به صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّم: جلالُ ربيَ الرفيعُ فقد بَلَّغَتُ، ثم قَضَى.

Teks Bahasa Melayu

Antara ucapan terakhir Rasulullah SAW adalah: Dengan keagungan Tuhanku yang maha Tinggi, sesungguhnya aku telah menyampaikan (risalah).” Kemudian Baginda pergi.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1743, hadis no. 8779. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه- قال: كان آخر ما تكلم به - صلى الله عليه وسلم -: ((جلال ربي الرفيع فقد بلغت))، ثم قضى. [ك، ((الضعيفة)) (4159)]]

(Lemah) Daripada Anas bin Malik RA: Antara ucapan terakhir Rasulullah SAW adalah: ((Dengan keagungan Tuhanku yang maha Tinggi, sesungguhnya aku telah menyampaikan (risalah).)) Kemudian Baginda pergi. [Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 4159].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.