Palsu Dengan Lafaz Ini
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
بدموعِ عينَيك؛ فإنَّ عينًا بكتْ من خشيةِ اللهِ لا تمَسَّها النارُ أبدًا.
Teks Bahasa Melayu
Dengan air matamu kerana mata yang menangis takutkan Allah tidak akan disentuh api neraka selamanya.
Sahabat Perawi
- Zaid bin Arqam RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu Dengan Lafaz Ini
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2040, hadis no. 10267. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Palsu dengan lafaz ini) Daripada Zaid bin Arqam RA, beliau berkata: Seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah! Dengan apa aku dapat menjauhkan diri daripada neraka? Rasulullah SAW menjawab: Dengan air matamu kerana mata yang menangis takutkan Allah tidak akan disentuh api neraka selamanya. [Riwayat al-Asbahani. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5265]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman