Demikianlah Dawud AS sering ucapkan

TEKS BAHASA ARAB

اللهم إنك لست بإله استحدثناه، ولا برب ابتدعناه، ولا كان لنا قبلك من إله يلجأ إليه ونذرك، ولا أعانك على خلقنا أحد فنشركه فيك، تباركت وتعاليت! قال صلى الله عليه وسلم: هكذا كان داود -عليه السلام- يقول.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Ya Allah! Sesungguhnya Engkau bukanlah Tuhan yang kami ada-adakan dan bukan juga Tuhan yang kami reka. Tidak ada bagi kami sebelum-Mu Tuhan yang dituju dan boleh kami tinggalkan-Mu, dan tidak ada seorang pun yang boleh menolong-Mu untuk menciptakan kami yang menyebabkan kami syirik kepada-Mu, Maha Berkat Engkau dan Maha Tinggi. Baginda bersabda: Demikianlah Dawud AS sering ucapkan.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1414, hadis nombor 7176. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن صهيب رضي الله عنه، أن رسول الله ﷺ قال: اللهم إنك لست بإله استحدثناه، ولا برب ابتدعناه، ولا كان لنا قبلك من إله يلجأ إليه ونذرك، ولا أعانك على خلقنا أحد فنشركه فيك، تباركت وتعاليت. قال صلى الله عليه وسلم: هكذا كان داود -عليه السلام – يقول.
[طب، حل، ك، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (1153)]

(Palsu)
Daripada Suhaib RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: Ya Allah! Sesungguhnya Engkau bukanlah Tuhan yang kami ada-adakan dan bukan juga Tuhan yang kami reka. Tidak ada bagi kami sebelum-Mu Tuhan yang dituju dan boleh kami tinggalkan-Mu, dan tidak ada seorang pun yang boleh menolong-Mu untuk menciptakan kami yang menyebabkan kami syirik kepada-Mu, Maha Berkat Engkau dan Maha Tinggi. Baginda bersabda: Demikianlah Dawud AS sering ucapkan.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir, Abu Nu'aim dalam Hilyah al-Awliya’, al-Hakim dalam al-Mustadrak dan Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1153]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs