Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
اللَّهمَّ إنَّك لَستَ بإلَهٍ استَحدَثْناهُ، ولا بِرَبٍّ ابتَدَعْناهُ، ولا كان لَنا قَبْلَك مِن إلهٍ يُلجَأُ إليهِ ونَذَرَك، ولا أَعانَك على خَلْقِنا أَحدٌ فنُشْرِكَه فيكَ، تَبارَكْتَ وتَعاليتَ! قال صلَّى اللهُ عليه وسلَّم: هَكذا كان داودُ - عليهِ السَّلامُ - يَقولُ..
Teks Bahasa Melayu
Ya Allah! Sesungguhnya Engkau bukanlah Tuhan yang kami ada-adakan dan bukan juga Tuhan yang kami reka. Tidak ada bagi kami sebelum-Mu Tuhan yang dituju dan boleh kami tinggalkan-Mu, dan tidak ada seorang pun yang boleh menolong-Mu untuk menciptakan kami yang menyebabkan kami syirik kepada-Mu, Maha Berkat Engkau dan Maha Tinggi. Baginda bersabda: Demikianlah Dawud AS sering ucapkan.
Sahabat Perawi
- Suhaib RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1414, hadis no. 7176. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن صهيب رضي الله عنه، أن رسول الله ﷺ قال: اللهم إنك لست بإله استحدثناه، ولا برب ابتدعناه، ولا كان لنا قبلك من إله يلجأ إليه ونذرك، ولا أعانك على خلقنا أحد فنشركه فيك، تباركت وتعاليت. قال صلى الله عليه وسلم: هكذا كان داود -عليه السلام - يقول. [طب، حل، ك، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (1153)]
(Palsu) Daripada Suhaib RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: Ya Allah! Sesungguhnya Engkau bukanlah Tuhan yang kami ada-adakan dan bukan juga Tuhan yang kami reka. Tidak ada bagi kami sebelum-Mu Tuhan yang dituju dan boleh kami tinggalkan-Mu, dan tidak ada seorang pun yang boleh menolong-Mu untuk menciptakan kami yang menyebabkan kami syirik kepada-Mu, Maha Berkat Engkau dan Maha Tinggi. Baginda bersabda: Demikianlah Dawud AS sering ucapkan. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir, Abu Nu'aim dalam Hilyah al-Awliya’, al-Hakim dalam al-Mustadrak dan Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1153]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman