Demikian ketika Adam memakan pohon syurga kekal dalam rongganya kadar tiga puluh hari

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

افترض الله على أمتي الصوم ثلاثين يوما وافترض على سائر الأمم قل أو كثر وذلك: أن آدم لما أكل الشجرة بقى في جوفه مقدار ثلاثين يوما فلما تاب الله عليه أمره بصيام ثلاثين يوما بلياليهن وافترض على أمتي بالنهار وما نأكل بالليل تفضل من الله تعالى


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Allah memfardukan keatas umatku puasa tiga puluh hari dan difardukan kepada umat yang lain kurang atau lebih dari ini. Demikian ketika Adam memakan pohon syurga kekal dalam rongganya kadar tiga puluh hari, ketika mana dia bertaubat maka Allah memerintahkannya untuk berpuasa selama tiga puluh hari siang dan malam manakala difardukan kepada umatku puasa siangnya (sahaja) dan makannya kami pada malamnya adalah sebagai kurniaan Allah Taa’la.


STATUS

Sanadnya lemah


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 87, hadis nombor 1. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


رواه الخطيب عن أنس مرفوعا. وقال: محمد بن نصر البغدادي: غير ثقة وهو يحدث عن الثقات بالمناكير.

Al-Khatib meriwayatkan daripada Anas secara marfu (disandarkan kepada Nabi) dan beliau berkata: Muhammad bin Nasir al-Baghdadi tidak terpecaya dan dia meriwayatkan hadith-hadith munkar daripada perawi yang dipercayai.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon