Sanadnya lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
افترض الله على أمتي الصوم ثلاثين يوما وافترض على سائر الأمم قل أو كثر وذلك: أن آدم لما أكل الشجرة بقى في جوفه مقدار ثلاثين يوما فلما تاب الله عليه أمره بصيام ثلاثين يوما بلياليهن وافترض على أمتي بالنهار وما نأكل بالليل تفضل من الله تعالى
Teks Bahasa Melayu
Hadith: Allah memfardukan keatas umatku puasa tiga puluh hari dan difardukan kepada umat yang lain kurang atau lebih dari ini. Demikian ketika Adam memakan pohon syurga kekal dalam rongganya kadar tiga puluh hari, ketika mana dia bertaubat maka Allah memerintahkannya untuk berpuasa selama tiga puluh hari siang dan malam manakala difardukan kepada umatku puasa siangnya (sahaja) dan makannya kami pada malamnya adalah sebagai kurniaan Allah Taa’la.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Sanadnya lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 87, hadis no. 1. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه الخطيب عن أنس مرفوعا. وقال: محمد بن نصر البغدادي: غير ثقة وهو يحدث عن الثقات بالمناكير.
Al-Khatib meriwayatkan daripada Anas secara marfu (disandarkan kepada Nabi) dan beliau berkata: Muhammad bin Nasir al-Baghdadi tidak terpecaya dan dia meriwayatkan hadith-hadith munkar daripada perawi yang dipercayai.
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman