TEKS BAHASA ARAB
والذي نفسي بيده! إن الله ليوحي إلى شجر الجنة: أن أسمعي عبادي الذين شغلوا أنفسهم عن المعازف والمزامير بذكري، فتسمعهم بأصوات ما سمع الخلائق مثلها قط، بالتسبيح والتقديس.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Demi Zat yang jiwaku di tangan-Nya! Sesungguhnya Allah telah mewahyukan kepada pohon-pohon syurga: perdengarkan kepada hamba-hamba-Ku yang menyibukkan diri mereka dari mendengar alat muzik dan seruling dengan berzikir kepada-Ku, perdengarkan kepada mereka suara-suara yang tidak pernah didengar oleh makhluk lain suara seumpamanya, dengan alunan tasbih dan pujaan
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1650, hadis nombor 8338. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
عن أبي هريرة -رضي الله عنه-، قال: قال رجل: "يارسول الله! هل في الجنة سماعٌ، فإني أُحبُ السماع؟" قال: ((نعم،والذي نفسي بيده! إن الله ليوحي إلى شجر الجنة: أن أسمعي عبادي الذين شغلوا أنفسهم عن المعازف والمزامير بذكري، فتسمعهم بأصوات ما سمع الخلائق مثلها قط، بالتسبيح والتقديس)). [الأصبهاني، ((الضعيفة)) (6503)].
(Palsu)
Daripada Abi Hurairah RA berkata: seorang lelaki telah bertanya: "Wahai Rasulullah! Adakah di syurga terdapat bunyi-bunyian, sesungguhnya aku suka mendengar bunyi-bunyian?" Jawab Baginda SAW: ((Ya,Demi Zat yang jiwaku di tangan-Nya! Sesungguhnya Allah telah mewahyukan kepada pohon-pohon syurga: perdengarkan kepada hamba-hamba-Ku yang menyibukkan diri mereka dari mendengar alat muzik dan seruling dengan berzikir kepada-Ku, perdengarkan kepada mereka suara-suara yang tidak pernah didengar oleh makhluk lain suara seumpamanya, dengan alunan tasbih dan pujaan)).
[Riwayat al-Ashbahani. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6503].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.