Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Demi yang Ummu Salamah bersumpah dengan-Nya!

Teks Bahasa Arab

والَّذي تحلفُ بِه أمُّ سلمةَ! إن عليًَّا كانَ أقربَ النَّاسِ عَهدًا برسولِ اللَّهِ صلَّى اللَّهُ عليهِ وسلَّمَ، فلما كانَ غداةَ قبضَ، أرسلَ إليهِ رسولًا وأراه كان بعثَه في حاجةٍ له، قالت فجعلَ يقولُ غداةً بعدَ غداةٍ أجاءَ عليٌّ؟ أجاءَ عليٌّ؟ (ثلاثَ مرَّاتٍ)، فجاءَ قبلَ طلوعِ الشَّمسِ، فلمَّا جاءَ، عرفنا أنَّ لَه إليهِ حاجةً، فخرجنا منَ البيتِ، وَكنَّا عدنا يومئذٍ رسولَ اللَّهِ صلَّى اللَّهُ عليهِ وسلَّمَ في بيتِ عائشةَ، وَكنتُ من آخرَ من خرجَ منَ البيتِ، ثمَّ جلستُ أدناهنَّ منَ البابِ، فانكبَّ عليهِ عليٌّ، فجعلَ يناجيه ويسارُّهُ، فَكانَ أقرب (وفي لفظ :آخر) النَّاسِ بِه عَهدًا برسولِ اللَّهِ صلَّى اللَّهُ عليهِ وسلَّمَ عليٌّ.

Teks Bahasa Melayu

Demi Tuhan yang Ummu Salamah bersumpah dengan-Nya! Sesungguhnya ‘Ali adalah individu paling rapat hubungannya dengan Rasulullah SAW. Pada pagi yang baginda wafat padanya* Baginda mengutuskan seseorang kepada ‘Ali yang aku anggap atas sesuatu keperluan. Keesokannya, Baginda bertanya: Adakah ‘Ali sudah datang? Baginda bertanya tiga kali. ‘Ali datang sebelum terbit matahari. Setelah ‘Ali tiba, tahulah kami bahawa Baginda ada hajat kepada ‘Ali. Maka kami keluar daripada rumah. Kami menziarahi pada hari itu Rasulullah berada di rumah ‘A’ishah. Saya adalah orang terakhir yang keluar rumah, kemudian saya duduk di tempat paling dekat dengan pintu. ‘Ali duduk di sisi Nabi SAW, Baginda SAW berbisik-bisik sesuatu kepada Ali. Manusia paling akhir menjaga Rasulullah SAW adalah ‘Ali.

Sahabat Perawi

  1. Ummu Salamah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1077, hadis no. 5494. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أم سلمة رضي الله عنها، قالت: والذي تحلف به أم سلمة إن عليا كان أقرب الناس عهدا برسول الله صلى الله عليه وسلم فلما كان غداة قبض أرسل إليه رسولا وأراه كان بعثه في حاجة له قالت: فجعل يقول غداة بعد غداة: أجاء علي؟ أجاء علي؟ ثلاث مرات فجاء قبل طلوع الشمس فلما جاء عرفنا أن له إليه حاجة؛ فخرجنا من البيت، وكنا عدنا يومئذٍ رسول الله صلى الله عليه وسلم في بيت عائشة وكنت من آخر من خرج من البيت ثم جلست أدناهن من الباب فأنكب عليه علي، فجعل يناجيه ويساره فكان اقرب وفي لفظ: آخر الناس به عهدا برسول الله صلى الله عليه وسلم علي. [ابن راهويه، حم، عم، ع، أبو نعيم في أخبار أصبهان، طب، النسائي في خصائص علي رضي الله عنه، ابن عساكر، الضعيفة (6289)]

(Munkar) Daripada Ummu Salamah RA, beliau berkata: Demi Tuhan yang Ummu Salamah bersumpah dengan-Nya! Sesungguhnya ‘Ali adalah individu paling rapat hubungannya dengan Rasulullah SAW. Pada pagi yang baginda wafat padanya* Baginda mengutuskan seseorang kepada ‘Ali yang aku anggap atas sesuatu keperluan. Keesokannya, Baginda bertanya: Adakah ‘Ali sudah datang? Baginda bertanya tiga kali. ‘Ali datang sebelum terbit matahari. Setelah ‘Ali tiba, tahulah kami bahawa Baginda ada hajat kepada ‘Ali. Maka kami keluar daripada rumah. Kami menziarahi pada hari itu Rasulullah berada di rumah ‘A’ishah. Saya adalah orang terakhir yang keluar rumah, kemudian saya duduk di tempat paling dekat dengan pintu. ‘Ali duduk di sisi Nabi SAW, Baginda SAW berbisik-bisik sesuatu kepada Ali. Manusia paling *akhir menjaga* Rasulullah SAW adalah ‘Ali. [Riwayat Ibn Rahawaih dalam al-Musnad, Ahmad dalam al-Musnad, Abu Nu‘aim dalam Akhbar Asbahan, al-Tabarani dalam al-Kabir, al-Nasa’i dalam Khasa’is ‘Ali RA dan Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimashq. Lihat Silsilah al-Dha'ifah no. 6289]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.