Sangat Munkar, Bahkan Palsu Dengan Kepalsuan Yang Nyata
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إني مُحَدِّثُكم بحديثٍ فاحفَظُوه، وحَدِّثُوا به مَن بعدَكم: إن اللهَ تبارك وتعالى اصطفى من خَلْقِهِ خَلْقًا، ثم تلا هذه الآيةَ : {اللهُ يَصْطَفِي مِنَ الْمَلَائِكَةِ رُسُلًا وَمِنَ النَّاسِ} خَلْقًا قد خلقهم للجنةِ وإني أَصْطَفِي منكم مَن أُحِبُّ أن أَصْطَفِيَه، ومُؤَاخٍ بينكم كما آخَى اللهُ بين الملائكةِ. قم يا أبا بكرٍ ! فقام... الحديث وَهُوَ طَوِيلٌ جِدًّا فِي ثَلَاث صَفحَات. وفِيهِ قِصَّةٌ مُؤَاخَاتُهُ صلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ بَيْنَ بَعْضِ الصَّحَابَةِ، كَالْمُؤَاخَاةِ بَيْنَ أَبِي بَكْرٍ وَعُمَرَ، وَبَيْنَ عُثْمَانَ وَعَبْدِ الرَّحْمَنِ بنِ عَوْف، وبَيْنَ طَلْحَةَ وَالزُّبَيْر، وسَعْد وعَمَّارَ، وَأَبِي الدَّرْدَاءِ وسَلْمَانَ، وَيَتَخَلَّلُ ذَلِكَ ذِكْر بَعْضِ فَضَائِلهم، مِنْهَا مَا يَصِحُّ، وَهُوَ قَلِيلٌ؛ كقَولِهِ في أبِي بكرٍ: لو كنتُ مُتَّخِدًا خليلًا، لاتَّخذتُكَ خليلًا، ومِنْهَا مَا لَا يَصِحُّ؛ وَهُوَ الأَكثرُ؛ كقَولِهِ لسَلمَانَ: أَنْتَ مِنَّا أَهْلَ البَيتِ، فقد آتَاكَ اللهُ العِلْمَ الأولَ والعِلْمَ الآخِرَ، والكتابَ الأولَ والكتابَ الآخِرَ! وفي آخرِ الحديثِ المؤاخاةُ بينَه وبينَ عَلِيٍّ، وأَنَّه قال له: والذي بَعَثَنِي بالحَقِّ، ما أَخَّرْتُكَ إلا لنفسي، فأنت عندي بمنزلةِ هارونَ من موسى، غيرَ أنه لا نبيَّ بعدي، وأنت أَخِي ووزيرِي ووارِثِي ما أَوْرَثَتِ الأنبياءُ؛ كتابُ اللهِ، وسنةُ نبيِّهم، وأنت معي في قصري في الجنةِ مع ابنتي فاطمةَ... الحديثُ بطولِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya aku ingin menyebutkan satu hadis maka kalian hafalkannya dan khabarkan ia kepada generasi selepas kamu: Sesungguhnya Allah SWT telah memilih satu ciptaan dalam kalangan makhluk-Nya. Kemudian baginda membaca ayat ini: {Allah memilih utusan-utusanNya dari malaikat dan dari manusia} [Surah al-Hajj: 75]. Ada makhluk yang Allah telah ciptakan untuk syurga dan aku memilih dalam kalangan kamu sesiapa yang aku sukai untuk memilihnya. Dan aku mempersaudarakan antara kalian sebagaimana Allah mempersaudarakan antara para malaikat. Bangunlah wahai Abu Bakar! Lalu dia bangun... Hadis ini sangat panjang dalam tiga muka surat. Dan dalamnya ada kisah persaudaraan oleh baginda SAW antara sebahagian sahabat, contohnya persaudaraan antara Abū Bakar dengan ‘Umar, antara ‘Uthmān dengan ‘Abd al-Raḥmān bin ‘Auf, antara Ṭalḥah dengan al-Zubayr, antara Sa‘d dengan ‘Ammār, antara Abū al-Dardā’ dengan Salmān, dan disebutkan sebahagian kelebihan mereka. Antaranya apa yang sahih dan jumlahnya sedikit, seperti sabda baginda kepada Abū Bakr RA: Jika aku diberikan pilihan seorang sahabat karib, nescaya aku akan mengambilmu sebagai sahabat karib. Antaranya juga ada yang tidak sahih dan jumlahnya lebih banyak, seperti sabda baginda kepada Salman RA: Engkau dalam kalangan kami Ahl al-Bait, sesungguhnya Allah telah memberikan kamu ilmu yang awal dan akhir, dan kitab yang awal dan akhir! Dan pada akhir hadis (ada) persaudaraan antara baginda dengan ‘Alī RA, dan baginda telah bersabda kepada beliau: Demi yang mengutuskan aku dengan kebenaran, tidaklah aku melewatkan kamu kecuali untukku sendiri. Engkau di sisiku adalah seperti kedudukan Harun dengan Musa, melainkan tiada lagi Nabi selepasku. Engkau ialah saudaraku, menteriku dan juga pewarisku, apa yang telah diwariskan oleh para nabi, kitab Allah, dan sunnah nabi mereka. Dan engkau akan bersamaku di dalam istanaku di syurga bersama anak perempuanku Faṭīmah. Hadis disebutkan dengan panjang.
Sahabat Perawi
- Zaid bin Abi Aufa RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat Munkar, Bahkan Palsu Dengan Kepalsuan Yang Nyata
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 833-835, hadis no. 4276. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر جدا. بل موضوع ظاهر الوضع) عن زيد بن أبي أوفى -رضي الله عنه-، قال: دخلت على رسول الله صلى الله عليه وسلم مسجد المدينة، فجعل يقول: ((أين فلان؟ أين فلان؟)) فلم يزل يتفقدهم، ويبعث إليهم، حتى اجتمعوا عنده، فقال: ((إني محدثكم بحديث فاحفظوه، وحدثوا به من بعدكم: إن الله تبارك وتعالى اصطفى من خلقه خلقا، ثم تلا هذه الآية: {الله يصطفي من الملائكة رسلا ومن الناس} خلقا قد خلقهم للجنة وإني أصطفي منكم من أحب أن أصطفيه، ومؤاخ بينكم كما آخى الله بين الملائكة. قم يا أبا بكر! فقام…)). الحديث وهو طويل جدا في ثلاث صفحات. وفيه قصة مؤاخاته صلى الله عليه وسلم بين بعض الصحابة، كالمؤاخاة بين أبي بكر وعمر، وبين عثمان وعبد الرحمن بن عوف، وبين طلحة والزبير، وسعد وعمار، وأبي الدرداء وسلمان، ويتخلل ذلك ذكر بعض فضائلهم، منها ما يصح، وهو قليل؛ كقوله في أبي بكر: ((لو كنت متخذا خليلا، لاتخذتك خليلا))، ومنها ما لا يصح، وهو الأكثر؛ كقوله لسلمان: ((أنت منا أهل البيت، قد آتاك الله العلم الأول والعلم الآخر، والكتاب الأول والكتاب الآخر))! وفي آخر الحديث المؤاخاة بينه وبين علي، وأنه قال له: ((والذي بعثني بالحق، ما أخرتك إلا لنفسي، فأنت عندي بمنزلة هارون من موسى، غير أنه لا نبي بعدي، وأنت أخي ووزيري ووارثي ما أورثت الأنبياء؛ كتاب الله، وسنة نبيهم، وأنت معي في قصري في الجنة مع ابنتي فاطمة…)) الحديث بطوله. [البزار، عبد بن أحمد في ((الفضائل))، والقطيعي في ((زيادته عليه))، طب، ((الضعيفة)) (1368، 2657، 4935)]
(Sangat Munkar, Bahkan Palsu dengan Kepalsuan yang Nyata) Daripada Zaid bin Abī Aufā RA berkata: Aku masuk berjumpa Rasulullah SAW di Masjid al-Madinah, lalu baginda berkata: Di manakah si polan? Di manakah si polan? Lalu baginda terus mencari mereka dan mengutuskan untuk mencari mereka, sehinggalah mereka berkumpul di sisi baginda dan berkata: Sesungguhnya aku ingin menyebutkan satu hadis maka kalian hafalkannya dan khabarkan ia kepada generasi selepas kamu: Sesungguhnya Allah SWT telah memilih satu ciptaan dalam kalangan makhluk-Nya. Kemudian baginda membaca ayat ini: {Allah memilih utusan-utusanNya dari malaikat dan dari manusia} [Surah al-Hajj: 75]. Ada makhluk yang Allah telah ciptakan untuk syurga dan aku memilih dalam kalangan kamu sesiapa yang aku sukai untuk memilihnya. Dan aku mempersaudarakan antara kalian sebagaimana Allah mempersaudarakan antara para malaikat. Bangunlah wahai Abu Bakar! Lalu dia bangun... Hadis ini sangat panjang dalam tiga muka surat. Dan dalamnya ada kisah persaudaraan oleh baginda SAW antara sebahagian sahabat, contohnya persaudaraan antara Abū Bakar dengan ‘Umar, antara ‘Uthmān dengan ‘Abd al-Raḥmān bin ‘Auf, antara Ṭalḥah dengan al-Zubayr, antara Sa‘d dengan ‘Ammār, antara Abū al-Dardā’ dengan Salmān, dan disebutkan sebahagian kelebihan mereka. Antaranya apa yang sahih dan jumlahnya sedikit, seperti sabda baginda kepada Abū Bakr RA: Jika aku diberikan pilihan seorang sahabat karib, nescaya aku akan mengambilmu sebagai sahabat karib. Antaranya juga ada yang tidak sahih dan jumlahnya lebih banyak, seperti sabda baginda kepada Salman RA: Engkau dalam kalangan kami Ahl al-Bait, sesungguhnya Allah telah memberikan kamu ilmu yang awal dan akhir, dan kitab yang awal dan akhir! Dan pada akhir hadis (ada) persaudaraan antara baginda dengan ‘Alī RA, dan baginda telah bersabda kepada beliau: Demi yang mengutuskan aku dengan kebenaran, tidaklah aku melewatkan kamu kecuali untukku sendiri. Engkau di sisiku adalah seperti kedudukan Harun dengan Musa, melainkan tiada lagi Nabi selepasku. Engkau ialah saudaraku, menteriku dan juga pewarisku, apa yang telah diwariskan oleh para nabi, kitab Allah, dan sunnah nabi mereka. Dan engkau akan bersamaku di dalam istanaku di syurga bersama anak perempuanku Faṭīmah. Hadis disebutkan dengan panjang. [Riwayat al-Bazzār dalam al-Musnad, ‘Abd bin Aḥmad dalam al-Faḍāil, al-Qaṭī’ī dalam Ziyādatihi Alaihi dan al-Ṭabarānī dalam al-Mu’jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1368, 2657, 4935]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman