TEKS BAHASA ARAB
والذي نفسي بيده لو أن مولودا ولد في فقه أربعين سنة من أهل الدين يعمل بطاعة الله كلها ويجتنب المعاصي كلها إلى أن يرد إلى أرذل العمر أو يردّ إلى أن لا يعلم بعد علم شيئا لم يبلغ أحدكم هذه الليلة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Demi Tuhan yang nyawaku di tangan-Nya! Sekiranya seorang bayi dilahirkan kemudian dia di didik dengan agama selama 40 tahun oleh orang yang pakar dalam agama lalu dia mentaati Allah dan menjauhi segala kemaksiatan sehingga dia menjadi lemah pada hari tuanya ataupun menjadi nyanyuk, nescaya salah seorang daripada kalian pun tidak akan sampai pada malam ini (hari perang Badar).
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1017, hadis nombor 5237. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن رافع بن خديج رضي الله عنه أن رسول الله ﷺ قال يوم بدر: والذي نفسي بيده لو أن مولودا ولد في فقه أربعين سنة من أهل الدين يعمل بطاعة الله كلها ويجتنب المعاصي كلها إلى أن يرد إلى أرذل العمر أو يردّ إلى أن لا يعلم بعد علم شيئا، لم يبلغ أحدكم هذه الليلة. [طب, الضعيفة (5887)]
(Munkar) Daripada Rafi’ bin Khadij RA bahawa Rasulullah SAW bersabda pada hari peperangan Badar: Demi Tuhan yang nyawaku di tangan-Nya! Sekiranya seorang bayi dilahirkan kemudian dia di didik dengan agama selama 40 tahun oleh orang yang pakar dalam agama lalu dia mentaati Allah dan menjauhi segala kemaksiatan sehingga dia menjadi lemah pada hari tuanya ataupun menjadi nyanyuk, nescaya salah seorang daripada kalian pun tidak akan sampai pada malam ini (hari perang Badar). [Riwayat Al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 5887].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.