Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
والَّذي نَفسي بيدِهِ لو أنَّ مولودًا ولدَ في فِقهِ أربعينَ سنةً من أَهْلِ الدِّينِ يعملُ بطاعةِ اللَّهِ كُلِّها ويجتنبُ المعاصيَ كلَّها إلى أن يُردَّ إلى أرذَلِ العمرِ . أو يردَّ إلى أن لا يعلَمَ بعدَ علمٍ شيئًا لم يبلُغْ أحدُكُم هذِهِ اللَّيلةَ.
Teks Bahasa Melayu
Demi Tuhan yang nyawaku di tangan-Nya! Sekiranya seorang bayi dilahirkan kemudian dia di didik dengan agama selama 40 tahun oleh orang yang pakar dalam agama lalu dia mentaati Allah dan menjauhi segala kemaksiatan sehingga dia menjadi lemah pada hari tuanya ataupun menjadi nyanyuk, nescaya salah seorang daripada kalian pun tidak akan sampai pada malam ini (hari perang Badar).
Sahabat Perawi
- Rafi' bin Khadij RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1017, hadis no. 5237. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن رافع بن خديج رضي الله عنه أن رسول الله ﷺ قال يوم بدر: والذي نفسي بيده لو أن مولودا ولد في فقه أربعين سنة من أهل الدين يعمل بطاعة الله كلها ويجتنب المعاصي كلها إلى أن يرد إلى أرذل العمر أو يردّ إلى أن لا يعلم بعد علم شيئا، لم يبلغ أحدكم هذه الليلة. [طب, الضعيفة (5887)]
(Munkar) Daripada Rafi’ bin Khadij RA bahawa Rasulullah SAW bersabda pada hari peperangan Badar: Demi Tuhan yang nyawaku di tangan-Nya! Sekiranya seorang bayi dilahirkan kemudian dia di didik dengan agama selama 40 tahun oleh orang yang pakar dalam agama lalu dia mentaati Allah dan menjauhi segala kemaksiatan sehingga dia menjadi lemah pada hari tuanya ataupun menjadi nyanyuk, nescaya salah seorang daripada kalian pun tidak akan sampai pada malam ini (hari perang Badar). [Riwayat Al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dha’ifah no. 5887].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman