Demi Tuhan yang mengutuskanku dengan kebenaran!

TEKS BAHASA ARAB

والذي بعثني بالحق! ما أخرتك إلا لنفسي، وأنت مني بمنزلة هارون من موسى؛ غير أنه لا نبي بعدي، وأنت أخي ووارثي. قال علي: وما أرث منك يا رسول الله؟! قال: ما ورثت الأنبياء من قبلي. قال: وما ورثت الأنبياء من قبلك؟ قال: كتاب ربهم وسنة نبيهم. وأنت معي في قصري في الجنة، مع فاطمة ابنتي. وأنت أخي ورفيقي. ثم تلا: {إخوانا على سرر متقابلين}: المتحابين في الله؛ ينظر بعضهم إلى بعض.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Demi Tuhan yang mengutuskanku dengan kebenaran! Tidaklah aku akhirkan kamu melainkan untuk diriku. Hubungan antara kamu dan aku seperti kedudukan Harun terhadap Musa, melainkan tidak ada lagi nabi selepasku. Kamu adalah saudaraku dan pewarisku, ‘Ali pun berkata: Apakah yang akan aku warisi daripadamu, wahai Rasulullah! Baginda bersabda: Apa yang para nabi wariskan sebelumku. ‘Ali bertanya: Apakah yang para nabi sebelummu wariskan? Baginda bersabda: Kitab Tuhan mereka dan Sunnah nabi mereka. Kamu akan bersamaku dalam istanaku di syurga, bersama Fatimah, anak perempuanku. Engkau adalah saudaraku dan rakan baikku. Kemudian baginda membaca: Mereka menjadi saudara, duduk di atas tilam-tilam sambil saling menghadap. Orang-orang yang saling mencintai kerana Allah, sebahagian mereka akan melihat sebahagian yang lain.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1281, hadis nombor 6564. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن زيد بن أبي أوفى رضي الله عنه قال: دخلت على رسول الله صلى الله عليه وسلم مسجده، فقال: أين فلان بن فلان؟ فجعل ينظر في وجوه أصحابه … (فذكر الحديث في المؤاخاة، وفيه) فقال علي: لقد ذهب روحي وانقطع ظهري، حين رأيتك فعلت بأصحابك ما فعلت غيري؛ فإن كان هذا من سخط علي؛ فلك العتبى والكرامة! فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم والذي بعثني بالحق! ما أخرتك إلا لنفسي، وأنت مني بمنزلة هارون من موسى؛ غير أنه لا نبي بعدي، وأنت أخي ووارثي. قال علي: وما أرث منك يا رسول الله؟! قال: ما ورثت الأنبياء من قبلي. قال: وما ورثت الأنبياء من قبلك؟ قال: كتاب ربهم وسنة نبيهم. وأنت معي في قصري في الجنة، مع فاطمة ابنتي. وأنت أخي ورفيقي. ثم تلا: {إخواناً على سرر متقابلين}: المتحابين في الله؛ ينظر بعضهم إلى بعض.
[عبد الله بن أحمد في ((زوائد فضائل الصحابة))، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4935)]

(Lemah)
Daripada Zaid bin Abi Awfa RA, katanya: Aku pernah masuk menemui Rasulullah SAW di masjid baginda, lalu baginda bersabda: Di mana si fulan bin si fulan? Baginda pun melihat pada wajah para sahabat baginda (lalu beliau menyebutkan hadis berkenaan persaudaraan dan di dalamnya menyebutkan) ‘Ali pun berkata: Rohku telah hilang dan belakangku telah patah ketika aku melihat kamu lakukan terhadap para sahabatmu sebagaimana engkau lakukan terhadap selainku. Jika ini termasuk kekecewaan terhadapku, maka semoga kamu mendapat kerelaan dan kemuliaan! Lalu Rasulullah SAW bersabda: Demi Tuhan yang mengutuskanku dengan kebenaran! Tidaklah aku akhirkan kamu melainkan untuk diriku. Hubungan antara kamu dan aku seperti kedudukan Harun terhadap Musa, melainkan tidak ada lagi nabi selepasku. Kamu adalah saudaraku dan pewarisku, ‘Ali pun berkata: Apakah yang akan aku warisi daripadamu, wahai Rasulullah! Baginda bersabda: Apa yang para nabi wariskan sebelumku. ‘Ali bertanya: Apakah yang para nabi sebelummu wariskan? Baginda bersabda: Kitab Tuhan mereka dan Sunnah nabi mereka. Kamu akan bersamaku dalam istanaku di syurga, bersama Fatimah, anak perempuanku. Engkau adalah saudaraku dan rakan baikku. Kemudian baginda membaca: Mereka menjadi saudara, duduk di atas tilam-tilam sambil saling menghadap. Orang-orang yang saling mencintai kerana Allah, sebahagian mereka akan melihat sebahagian yang lain.
[Riwayat 'Abdullah bin Ahmad dalam Zawa'id Fada'il al-Sahabah dan Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4935]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.