Demi tuhan yang mengutuskanku dengan kebenaran sebagai nabi, Sesungguhnya Jibril mengkhabarkan kepadaku daripada Israfil daripada Allah

TEKS BAHASA ARAB

حديث: والذي بعثني بالحق نبيا إن جبريل أخبرني عن إسرافيل عن الله عز وجل أن من صلى ليلة الفطر مائة ركعة يقرأ في كل ركعة الحمد مرة و {قل هو الله أحد} عشر مرات ويقول في ركوعه وسجوده عشر مرات سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله والله أكبر فإذا فرغ من صلاته استغفر مائة مرة ثم يسجد ثم يقول يا حي يا قيوم يا ذا الجلال والإكرام يا رحمن الدنيا والآخرة ورحيمهما يا أرحم الراحمين يا إله الأولين والآخرين اغفر لي ذنوبي وتقبل صومي وصلاتي والذي بعثني بالحق لا يرفع رأسه من السجود حتى يغفر الله له ويتقبل منه شهر رمضان _ إلخ.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Demi tuhan yang mengutuskanku dengan kebenaran sebagai nabi, Sesungguhnya Jibril mengkhabarkan kepadaku daripada Israfil daripada Allah Azza wa Jalla: Sesungguhnya sesiapa yang solat pada malam raya Aidilfitri seratus rakaat dengan membaca surah al-Fatihah sekali dan surah al-Ikhlas sepuluh kali dan membaca pada rukuk dan sujudnya sepuluh kali Subhanallah, Walhamdulillah, Wala Ilaha illlah Wallahu Akbar. Kemudian setelah selesai daripada solat, beristighfar seratus kali kemudian sujud lalu membaca “Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Za Jalali Wal Ikram Ya Rahman Dunya wal Akhirah warahimahuma Ya Arhama Rahimin Ya Ilaha Awwalin wal Akhirin Ighfir li Zunubi Wataqabbal Saumi Wasolati”, demi Tuhan yang mengutuskanku dengan kebenaran, tidaklah mengangkat kepalanya dari sujud sehingga Allah mengampunkannya dan menerima darinya bulan Ramadhan (pahala ibadahnya)…..hingga akhir hadis.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 52, hadis nombor 107. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


هو موضوع ورواته مجاهيل.

Hadith ini palsu dan perawi-perawinya tidak dikenali.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs