Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Demi Tuhan yang menggenggam nyawa aku

Teks Bahasa Arab

والذي نفسي بيدِه! إنَّهُ لمكتوبٌ عند اللهِ في السماءِ السابعةِ حمزةُ بنُ عبدِ المطلبِ أسدُ اللهِ، وأسدُ رسولِه.

Teks Bahasa Melayu

Demi Tuhan yang menggenggam nyawa aku, nama Hamzah Bin Abd al-Muttalib, singa Allah dan Rasul-Nya akan ditulis di sisi Allah di langit yang ketujuh.

Sahabat Perawi

  1. Abu Labibah al-Asyhali RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1939, hadis no. 9722. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي لبيبة الأشهلي رضي الله عنه قال: قال رسول الله ﷺ: وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ، إِنَّهُ لَمَكْتُوبٌ عِنْدَ اللَّهِ فِي السَّمَاءِ السَّابِعَةِ حَمْزَةُ بْنُ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ أَسَدُ اللَّهِ، وَأَسَدُ رَسُولِهِ. [طب، ك ((الضعيفة)) (6355)]

(Munkar) Daripada Abu Labibah al-Asyhali RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Demi Tuhan yang menggenggam nyawa aku, nama Hamzah Bin Abd al-Muttalib, singa Allah dan Rasul-Nya akan ditulis di sisi Allah di langit yang ketujuh. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir dan al-Hakim. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6355]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.