Demi Tuhan yang mana Ummu Salamah bersumpah denganNya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

والذي تحلف به أم سلمةَ! إن عليا كان أقرب الناس عهدا برسول الله ﷺ، فلما كان غداةَ قبض، أرسل إليه رسولا – وأراه كان بعثه في حاجة له -، قالت: فجعل يقول غداة بعد غداة: أجاء علي؟ أجاء علي؟ (ثلاث مرات)، فجاء قبل طلوع الشمس، فلما جاء، عرفنا أن له إليه حاجة، فخرجنا من البيت، وكنا عدنا يومئذ رسول الله ﷺ في بيت عائشة، وكنت من آخر من خرج من البيت، ثم جلست أدناهن من الباب، فانكب عليه علي، فجعل يناجيه ويساره، فكان أقرب (وفي لفظ :آخر) الناس به عهدا برسول الله ﷺ علي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Demi Tuhan yang mana Ummu Salamah bersumpah denganNya. Ali adalah ialah orang yang paling akhir menerima perjanjian dengan Rasulullah SAW. Ketika pada waktu petang di mana Baginda meninggalkan dunia, Baginda menghantar utusan dan memberitahunya bahawa Baginda mengutuskannya untuk satu hajat Baginda. Ummu Salamah berkata: Pada petang keesokan harinya, Baginda mula berkata: Adakah Ali datang? Adakah Ali datang? Sebanyak tiga kali. Lantas Ali datang sebelum terbenam matahari. Apabila beliau datang, kami tahu bahawa baginda mempunyai hajat pada beliau. Kami keluar dari rumah. Kemudian kami pergi menziarahi Rasulullah SAW di rumah Aisyah. Aku ialah orang yang terakhir yang keluar dari rumah. Kemudian dalam kalangan mereka aku yang paling hampir dengan pintu. Lalu Ali menghadap Rasulullah. Baginda mula berbisik dan bercakap perlahan kepadanya. Sesungguhnya Ali ialah orang yang paling hampir dengan Rasulullah SAW (Dalam lafaz yang lain: Ali ialah orang yang terakhir yang paling hampir) menerima perjanjian dengan Rasulullah.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1920 hadis nombor 9641. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر)
عن أم سلمة رضي الله عنها، قالت: والذي تحلف به أم سلمة! إن عليا كان أقرب الناس عهدا برسول الله صلى الله عليه وسلم، فلما كان غداة قبض، فأرسل إليه رسولا وأراه كان بعثه في حاجة له، قالت: فجعل يقول غداة بعد غداة: أجاء علي؟ أجاء علي؟ (ثلاث مرات) ، فجاء قبل طلوع الشمس، فلما جاء؛ عرفنا أن له إليه حاجة؛ فخرجنا من البيت، وكنا عدنا رسول الله صلى الله عليه وسلم في بيت عائشة، وكنت من آخر من خرج من البيت، ثم جلست أدناهن من الباب، فأنكب عليه علي، فجعل يناجيه ويساره، فكان اقرب (وفي لفظ: آخر) الناس به عهدا برسول الله صلى الله عليه وسلم علي.
[ابن راهويه، ش، حم، عم، ع، أبو نعيم في ((الأخبار))، طب، ن في ((خصائص علي))، ابن عساكر، ك، ((الضعيفة)) (6289)]

(Munkar)
Daripada Ummu Salamah, beliau berkata: Demi Tuhan yang mana Ummu Salamah bersumpah denganNya. Ali adalah ialah orang yang paling akhir menerima perjanjian dengan Rasulullah SAW. Ketika pada waktu petang di mana Baginda meninggalkan dunia, Baginda menghantar utusan dan memberitahunya bahawa Baginda mengutuskannya untuk satu hajat Baginda. Ummu Salamah berkata: Pada petang keesokan harinya, Baginda mula berkata: Adakah Ali datang? Adakah Ali datang? Sebanyak tiga kali. Lantas Ali datang sebelum terbenam matahari. Apabila beliau datang, kami tahu bahawa baginda mempunyai hajat pada beliau. Kami keluar dari rumah. Kemudian kami pergi menziarahi Rasulullah SAW di rumah Aisyah. Aku ialah orang yang terakhir yang keluar dari rumah. Kemudian dalam kalangan mereka aku yang paling hampir dengan pintu. Lalu Ali menghadap Rasulullah. Baginda mula berbisik dan bercakap perlahan kepadanya. Sesungguhnya Ali ialah orang yang paling hampir dengan Rasulullah SAW (Dalam lafaz yang lain: Ali ialah orang yang terakhir yang paling hampir) menerima perjanjian dengan Rasulullah.
[Riwayat Ibn Rahwayh, Musannaf Ibn Abu Shaybah, Musnad Ahmad bin Hanbal, Abd Allah bin Ahmad dalam Zawa’id al-Musnad, Abu Nu’aim dalam al-Akhbar, al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir, al-Nasa'i dalam Khasais 'Ali bin Abu Talib, Ibn Asakir, Mustadrak al-Hakim. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6289]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.