Demi Tuhan Yang jiwaku berada di tangan-Nya! Kalian dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat

TEKS BAHASA ARAB

والذي نفسي بيده! فليقيموا الصلاة وليؤتوا الزكاة أو لأبعثن إليهم رجلاً مني أو كنفسي فليضربن أعناق مقاتليهم وليسبين ذراريهم. فأخذ بيد علي فقال: هذا هو.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Demi Tuhan Yang jiwaku berada di tangan-Nya! Kalian dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat atau nanti aku akan mengutuskan seorang lelaki daripada kalanganku ataupun seperti diriku kepada mereka, lalu nanti dia akan memenggal leher orang-orang yang memerangi dari kalangan mereka, dan sungguh dia akan menangkap zuriat-zuriat mereka. Kemudian baginda mengambil tangan Ali lalu bersabda: Inilah dia (orangnya).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1006-1007, hadis nombor 5186. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الرحمن بن عوف رضي الله عنه قال: لما افتتح رسول الله صلى الله عليه وسلم مكة انصرف إلى الطائف فحاصرها تسع عشرة أو ثمان عشرة لم يفتحها ثم أوغل روحة أو غدوة، ثم نزل ثم هجر فقال: أيها الناس! إني فرط لكم وأوصيكم بعترتي خيرا وإن موعدكم الحوض والذي نفسي بيده فليقيموا الصلاة وليؤتوا الزكاة أو لأبعثن إليهم رجلا مني أو كنفسي فليضربن أعناق مقاتليهم وليسبين ذراريهم. فأخذ بيد علي فقال: هذا هو». [ع، الضعيفة (4960)].

(Lemah) Daripada Abdul Rahman bin ‘Auf RA, beliau berkata: Ketika mana Rasulullah SAW telah membuka kota Mekah, baginda pergi ke kota Taif kemudian mengepungnya selama sembilan belas hari atau lapan belas hari tanpa baginda membukanya. Kemudian baginda SAW bersegera pergi pada waktu petang atau pagi, [kemudian baginda turun], lalu baginda bergegas, kemudian bersabda: Wahai manusia! Sesungguhnya aku telah mendahului kalian, dan aku berpesan kepada kalian dengan kebaikan kepada keturunanku. Sesungguhnya tempat temu janji kalian ialah kolam al-Haud. Demi Tuhan Yang jiwaku berada di tangan-Nya! Kalian dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat atau nanti aku akan mengutuskan seorang lelaki daripada kalanganku ataupun seperti diriku kepada mereka, lalu nanti dia akan memenggal leher orang-orang yang memerangi dari kalangan mereka, dan sungguh dia akan menangkap zuriat-zuriat mereka. Kemudian baginda mengambil tangan Ali lalu bersabda: Inilah dia (orangnya). [Riwayat Musnad Abi Ya’la. Lihat Silsilah al-Dha'ifah no: 4960]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs