Demi Tuhan yang jiwaku berada dalam tangan-Nya!

TEKS BAHASA ARAB

والذي نفسي بيده! إن فيكم لرجلاً يقاتل الناس من بعدي على تأويل القرآن، كما قاتلت المشركين على تنزيله، وهم يشهدون أن لا إله إلا الله، فيكبر قتلهم على الناس؛ حتى يطعنوا على ولي الله تعالى، ويسخطوا عمله، كما سخط موسى أمر السفينة والغلام والجدار، وكان ذلك كله رضي الله تعالى.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Demi Tuhan yang jiwaku berada dalam tangan-Nya! Sesungguhnya selepas kewafatanku akan ada dalam kalangan kamu seorang lelaki yang akan memerangi orang ramai kerana mentakwil al-Qur’an sepertimana aku memerangi golongan musyrikin kerana penurunan al-Qur’an. Mereka bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang layak disembah selain Allah, besarlah pembunuhan mereka terhadap orang ramai hingga mereka mencela wali Allah Ta’ala dan mereka tidak berpuas hati terhadap amalannya sepertimana Musa tidak berpuas hati berkenaan kapal, kanak-kanak dan dinding, kesemua itu Allah redai.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1347, hadis nombor 6883. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

( موضوع)
والذي نفسي بيده! إن فيكم لرجلاً يقاتل الناس من بعدي على تأويل القرآن، كما قاتلت المشركين على تنزيله، وهم يشهدون أن لا إله إلا الله، فيكبر قتلهم على الناس؛ حتى يطعنوا على ولي الله تعالى، ويسخطوا عمله، كما سخط موسى أمر السفينة والغلام والجدار، وكان ذلك كله رضي الله تعالى.
[فر، ((الضعيفة)) (4909)]

(Palsu)
Demi Tuhan yang jiwaku berada dalam tangan-Nya! Sesungguhnya selepas kewafatanku akan ada dalam kalangan kamu seorang lelaki yang akan memerangi orang ramai kerana mentakwil al-Qur’an sepertimana aku memerangi golongan musyrikin kerana penurunan al-Qur’an. Mereka bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang layak disembah selain Allah, besarlah pembunuhan mereka terhadap orang ramai hingga mereka mencela wali Allah Ta’ala dan mereka tidak berpuas hati terhadap amalannya sepertimana Musa tidak berpuas hati berkenaan kapal, kanak-kanak dan dinding, kesemua itu Allah redai.
[Riwayat al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4909]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs